Dihalang Berpindah Ke Al Hilal Dengan Kontrak £400k Seminggu, Mitrovic Ancam Mogok

Aleksandar Mitrovic menjadi pemain terbaru yang berminat untuk menerima tawaran dari Arab Saudi.

Namun hasratnya ketika ini dihalang oleh kelabnya, Fulham. Di mana Fulham menegaskan bahawa mereka tak akan menjual pemain bintang mereka itu.

Al Hilal sudah menyatakan hasrat mereka mahu mendapatkan Mitrovic pada jendela perpindahan kali ini.

Namun Fulham telah meletakkan harga £52 juta untuk pemain tersebut jika Al Hilal berani untuk membayar angka itu.

Tanda harga itu dianggap terlalu tinggi oleh Al Hilal. Dan Mitrovic turut bengang dengan Fulham yang meletakkan harga dianggap mengarut ngarut.

Al Hilal sebelum ini melakukan 2 bidaan rasmi untuk pemain itu. Dan ianya jauh daripada angka yang dimahukan Fulham itu.

Fulham sengaja meletakkan tanda harga tinggi sebagai isyarat bahawa pemain itu bukan untuk dijual.

Menyedari bahawa Fulham meletakkan tanda harga tak masuk akal, Mitrovic sudah memberitahu salah seorang saudaranya bahawa dia tidak mahu bermain untuk kelab Fulham lagi.

Dia mengancam untuk melakukan mogok! Mitrovic benar benar mahu menerima tawaran gaji yang sangat tinggi daripada Al Hilal kepadanya.

Di mana Al Hilal menawarkan gaji £400,000 seminggu kepada pemain tersebut. Jauh lebih tinggi daripada gaji semasa dia di Craven Cottage sebanyak £120,000 seminggu.

Fulham meminta Mitrovic menghormati kontrak yang telah ditandatanganinya di kelab itu.

Namun jelas pemain itu sudah tak ada hati untuk terus bermain untuk pasukan tersebut.

Fulham akan cuba sedaya upaya mencari penyelesaian terbaik untuk situasi Mitrovic.

 

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari