Dijadikan Hamba ‘Orang Putih’ Sejak Berusia 8 Tahun

Pada suatu hari, seorang budak berkulit hitam berusia 8 tahun bernama Madalena Gordiano yang kelaparan telah mengetuk pintu rumah Maria das Graças Milagres Rigueira meminta makanan.

Kisah hidupnya terus berubah tragis apabila pasangan kulit putih itu menjadikannya hamba abdi selama 38 tahun.

Pasangan tersebut mahu menjadikan Madalena sebagai anak angkat mereka dan berjanji akan memberikannya kesenangan termasuk pendidikan.

Rigueira dan keluarganya, dari Minas Gerais di Brazil tenggara, hidup dalam keadaan yang sangat baik, dan mempunyai wang untuk memberikan kehidupan yang lebih selesa kepada Madalena.

Oleh itu, ketika Rigueira, seorang guru sekolah berkulit putih, menawarkan untuk mengambil Madalena sebagai anak angkat, ibu Madalena bersetuju.

Ibu Madalena mempunyai lapan lagi anak yang lain untuk dijaga, termasuk adik kembarnya, Filomena.

Namun, dilaporkan keluarga Rigueira tidak pernah melayan Madalena sebagai salah seorang daripada keluarga mereka sendiri.

Keluarga Rigueira yang dihormati oleh jiran tertangga kerana status mereka tidak pernah membenarkan Gordiano bersekolah dan tidak pernah menjadikannya’ seperti anak perempuan, lapor El Pais.

Selama 38 tahun lamanya, Madalena dikatakan telah melakukan pekerjaan di rumah seperti pembantu rumah yang tidak dibayar. Ini termasuk memasak, mencuci, membersihkan bilik mandi, membersihkan kotoran dan membersihkan apa sahaja dalam rumah mereka.

Siapa sangka pada abad ke-21, Madalena nampaknya tidak pernah menerima bayaran untuk pekerjaannya dan tidak pernah dibenarkan cuti.

Dia akhirnya diselamatkan, pada 27 November, ketika dia berusia 46 tahun.

Bercakap rancangan tv Brazil iaitu Fantástico, Madalena berkata:

“Saya pergi untuk meminta roti kerana saya lapar, tetapi dia memberitahu saya bahawa dia tidak akan memberikan saya roti, kecuali saya tinggal bersamanya.”

Keluarga Rigueira juga dilaporkan mengubah Madalena menjadi sumber pendapatan, menikahkannya dengan saudara tua ketika dia masih berusia dua puluhan.

Lelaki berusia 78 tahun itu mempunyai pencen tentera melebihi 8,000 rea sebulan (kira kira RM 6,400) dan Madalena, yang tidak pernah tinggal bersamanya.

Madalena diletakkan oleh suaminya itu sebagai penama yang mewarisi pencennya setelah dia meninggal dunia.

Namun, Madalena tidak pernah melihat sebahagian besar daripada wang itu yang yang sepatutnya menjadi haknya. Ini kerana hampir kesemuanya dimasukkan ke dalam poket keluarga Rigueira.

Menurut laporan, pencen itu sebenarnya digunakan untuk menampung kos yang berkaitan dengan ijazah perubatan anak perempuan mereka.

Pada satu ketika Madalena ‘dihadiahkan’ kepada  Rigueira, profesor veterinar Dalton Milagres Rigueira. Satu amalan kuno perhambaan di mana hamba boleh menjadi dijadikan barang hadiah.

Profesor Dalton Milagres Rigueira mengatakan bahawa dia menyalahkan ibunya atas perkara itu.

Kerana selepas kantoi, dia diberhentikan dari pekerjaannya di universiti tempat dia mengajar.

Sementara itu, peguam keluarga tersebut mengatakan, pendedahan kes pendakwaan ke atas mereka adalah ‘pramatang dan tidak bertanggungjawab’ kerana belum ada sabitan.

Akhirnya mahkamah memutuskan Madalena akan mendapat pencen bulanan serta akan dibantu oleh pakar sosial dan psikologi.

Madalena ingin bertemu kembali dengan keluarga kandungnya.

Sedih mengenangkan kisa seorang wanita yang dijadikan hamba. Masa kanak kanak dan remajanya telah dirompak oleh keluarga yang tidak bertanggungjawab.

Sumber: UNILAD

Baca yang lain