FPL: Dijual 302,331 Pengurus, Jimenez Cetak Gol Pula

Raul Jimenez berjaya menjadi matcwinner dalam aksi berdepan dengan Leeds United semalam.

Raul Jimenez menjadi pemain yang telah dijual lebih 302k pengurus Liga Perdana Fantasi yang sudah hilang kepercayaan ke atas pemain itu.

Namun di atas padang Jimenez memastikan pengurus yang berharap kepadanya mendapat mata.

Kuda hitam, Wolves naik ke tangga keenam dalam carta Liga Perdana Inggeris selepas menang 1-0 ke atas Leeds. Gol tunggal perlawanan adalah menerusi Raul Jimenez.

Jimenez melakukan rembatan yang terbias pada kaki Kalvin Phillips.

 

Itu adalah gol ketiga Jimenez musim ini dan membantu Wolves menang 2 perlawanan terakhir mereka selepas menewaskan Fulham sebelum rehat antarabangsa.

Sejak musim lalu, Jimenez sudah menjaringkan 30 gol di semua pertandingan untuk Wolves. Hanya ada 3 pemain lagi yang menjaringkan 30+ gol dalam tempoh sama iaitu Raheem Sterling, Harry Kane dan Pierre Emerick Aubameyang.

Jimenez menyatakan, jika Kalvin Phillipss tidak menyentuh bola itu, pastinya gol itu menjadi lebih menarik.

Baca yang lain