Pengurus Korea Selatan, Jurgen Klinsmann telah dikritik kerana seringkali berada di eropah berbanding di pejabatnya di Seoul.
Dia dituduh makan gaji buta dan banyak makan angin ketika bertugas di Korea Selatan. Di mana dia dilihat seringkali menunjukkan gambar dia bersantai di Eropah.
Pengurus asal Jerman itu ada alasan dia tersendiri untuk berbuat demikian. Kerana menurutnya, di Korea Selatan tiada ada pun sangat untuk dia lakukan ketika bukan minggu antarabangsa.
Dia tidak tahu nak pergi mana untuk membincangkan pembangunan bola sepak di Korea Selatan.
Oleh sebab itu dia pergi ke Eropah untuk menimba lebih banyak ilmu demi untuk membantu bola sepak Korea Selatan.
Klinsmann berkata: “Terperap di Korea sangat tak efisien untuk kerja saya. Apabila saya tiada benda nak dilakukan di Seoul maka lebih baik saya pergi bertemu dengan orang di Eropah.”
“Ini adalah satu satunya cara untuk membangunkan bola sepak Korea. Jika kamu tak suka dengan cara saya, sila cari pengurus lain, Saya tak kisah.”
“Saya seorang yang workaholic [gila kerja] sama macam orang Krea. Di mana saya berada, saya bekerja untuk pasukan kebangsaan Korea.”
“Apa yang saya boleh katakan saya 100% fokus kepada Piala Asia. Saya juga nak tegaskan, untuk berjaya, saya harus memilih cara bekerja yang saya rasa terbaik.”
"I am a workaholic like Koreans. Wherever I am, I work for the Korean national team. All I can say is that I am 100% focused on the Asian Cup. I also want to emphasize that in order to be successful, I must choose what I think is the best way to work"
— Korea Football News (@KORFootballNews) September 10, 2023
Klinsmann dilaporkan antara nama yang dipertimbangkan oleh DFB untuk menggantikan Hansi Flick selain nama lain seperti Julian Nagelsmann dan Zinedine Zidane.