Dikritik Kerana Sertai Liga Saudi, Yannick Carrasco Tak Sokong Organisasi Hak Asasi Manusia

Bitang Belgium Yannick Carrasco telah menyertai Al Shabab dari Atletico Madrid. Carrasco, antara pemain  berada dalam skuad kebangsaan Belgium telah menerima kritikan daripada kumpulan aktivis hak asasi manusia di negaranya.

Belgium antara negara yang lantang mengkritik dasar Arab Saudi dalam perlaksanaan undang undang dan mengaitkan negara itu dengan pembunuhan Jamal Kashogi, pada 2018, seorang kolumnis dalam Washington Post dan pengkritik kerajaan,

Aktivis menuduh negara itu cuba “mencuci imej melalui sukan”.

Ditanya mengenai pandangannya tentang hak asasi manusia negara Arab Saudi, Carrasco berkata beliau tidak pernah bersetuju dengan kritikan seperti itu.

Carrasco menjawab: “Orang kadangkala suka berprasangka buruk tentang sesuatu.”

“Saya memang tidak menyokong apa yang dikatakan oleh organisasi hak asasi manusia.”

“Cristiano berada di sana bersama isterinya dan melalui kehidupan biasa di sana,” kata Carrasco.

“Neymar, Benzema, saya pergi ke sana atas kerelaan sendiri. Saya melihat bagaimana wanita tinggal di sana, dan bagaimana orang menjalani kehidupan mereka.”

“Sejujurnya, ia adalah sebuah negara yang indah. Sukar untuk menilai jika anda hanya mendengar apa yang orang katakan mengenainya. Anda perlu mengalaminya sendiri.”

Carrasco, yang berusia 30 tahun, berkata dia hanya mempunyai baki satu tahun lagi dalam kontraknya dengan pasukan Atletico dan satu-satunya tawaran konkrit yang diterimanya datang daripada Al Shabab di tengah-tengah spekulasi dia juga dikaitkan dengan Barcelona.

Pengurus Diego Simeone menganggap Carrasco sebagai sangat profesional dan dia akan merindui pemain itu.

Carrasco menambah: “Saya memilih untuk keselamatan [jaminan kerjaya], melihat apa yang saya ada dan apa yang saya boleh dapatkan,” katanya.

Ditanya sama ada dia datang ke Arab Saudi kerana wang? Pemain itu menjawab:

“Kamu berada pada fasa di mana kamu sudah berusia 30 tahun dan ianya tahun akhir kontrak saya. Dan saya mendapat satu satunya tawaran yang konkrit [dari Al Shabab].”

“Adakah kerana wang? Saya mengutamakan jaminan keselamatan karier saya. Segalanya harus seiring [karier dan wang]. Menjadi pemain bola sepak, ianya adalah karier.”

“Kita harus berfikir 2 kali. Jika berlaku kecederaan, ianya akan menjadi sukar, kerana terlalu banyak perlawanan harus diharungi.”

“Kita kadangkala takut kalau mengalami kecederaan. Dan kita juga tidak bermain secara santai.”

“Seseorang pemain itu harus bebas secara mental. Tidak mudah untuk membuat keputusan. Saya berada di penghujung karier saya.”

“Saya masih ada kualiti bermain untuk kelab besar. Namun jika saya mengalami kecederaan segalanya boleh berubah serta merta. Jadi saya mahukan jaminan.”