Apa dah jadi dengan skuad Belgium? Daripada masalah prestasi hambar di atas padang, mereka kini berdepan dengan isu keharmornian pasukan.
Komen daripada Eden Hazard dan Kevin De Bruyne sebelum ini seolah olah tidak disenangi oleh beberapa pemain lain.
Di mana Hazard dan De Bruyne menyatakan bahawa skuad Belgium sekarang sudah terlalu tua untuk menjulang Piala Dunia,
Hazard menegaskan bahawa generasi emas Belgium yang sebenar adalah pada 2018. Dan ketika itu Belgium cuma menamatkan saingan di tempat ketiga. Pencapaian tertinggi mereka dalam Piala Dunia.
Namun begitu, masih dianggap tidak cukup bagus untuk skuad yang digelar generasi emas.
Skuad kendalian Roberto Martinez kini bergelut mendapat tempat dalam pusingan 16 terakhir Piala Dunia 2022 berikutan kekalahan mengejut 2-0 kepada Maghribi.
De Bruyne berkata kali ini Belgium adalah “terlalu tua” dan keseluruhan skuad dilanda “penuaan”.
🎙️ Kevin De Bruyne on Belgium winning the World Cup. "No chance, we’re too old… I think our chance was 2018. We have a good team, but ageing. We lost too many key players."#BEL | #FIFAWorldCup pic.twitter.com/cEza36cw1t
— Football Tweet ⚽ (@Football__Tweet) November 27, 2022
Manakala ketua pasukan kebangsaan Eden Hazard berkata sebelum pertemuan dengan Maghribi: “Pemain pertahanan kami bukan yang terpantas sebab dah berusia dan mereka tahu itu.”
Vertonghen, yang merupakan salah seorang membentuk sebahagian daripada pertahanan itu, memberitahu pemberita selepas melihat Red Devils gagal mengekalkan clean sheet dalam perlawanan kedua mereka dan kemudian gagal mencetak gol.
Vertonghen kemudian menyindir barisan serangan pasukannya yang tidak cukup kreatif dan tumpul.
Dia berkata: “Saya rasa kami menyerang dengan teruk kerana kami juga terlalu tua di hadapan. Kami tidak mencipta peluang yang mencukupi. Kami melepaskan bolos, sama, dua kali di tiang dekat [near post].”
Yesterday, Kevin De Bruyne said that Belgium are ‘too old’ to win the World Cup.
This is what Jan Vertonghen had to say after Morocco held them scoreless in a 2-0 win today 😳 pic.twitter.com/4CLHh9oql6
— ESPN FC (@ESPNFC) November 27, 2022
Pengurus Belgium, Roberto Martinez juga telah ditanya mengenai komen pra-perlawanan tersebut. Martinez berkata: “Ini adalah kali pertama saya mendengar komen tersebut daripada Kevin. Pada Piala Dunia, pemain perlu bercakap dengan media setiap hari, 90% daripadanya akan positif tetapi sentiasa ada satu atau dua baris yang tidak sesuai dengan konteks.”
“Seorang pemain dibenarkan menyatakan pandangan mereka. Kami telah bersama selama enam tahun sekarang dan komen seperti itu tidak akan membantu kami untuk menang.”
“Mungkin ia adalah cabaran kepada rakan rakan. Namun apa yang berlaku di sebalik tabir, itu yang penting.”
Belgium kini memerlukan keputusan positif dalam perlawanan terakhir Kumpulan F menentang Croatia untuk mara ke peringkat kalah mati, dengan pertembungan penting itu akan berlangsung pada hari Khamis.|