Barcelona kini berharap Lewandowski menandatangani kontrak baharu dengan gaji lebih rendah.
Jika tidak, Barca akan dalam masalah. Kerana kontrak semasa Lewandowski menyebut, jika pemain itu kekal pada musim 2024/2025 maka gajinya akan meningkat kepada €32 juta semusim.
Gaji itu akan menjadikan dia penerima gaji kedua tertinggi di belakang Mbappe. Jika Mbappe tidak menurunkan gaji semasanya ketika menyertai Real Madrid nanti.
Lewandowksi ada kontrak khas dengan Barca. Di mana kelab itu yakin kewangan mereka akan pulih menjelang musim hadapan. Malangnya itu tidak berlaku.
Barcelona masih dalam krisis kewangan. Dan kini kelab itu terpaksa mempertimbangkan untuk menjual atau melepaskan pemain itu ke kelab lain, kerana gaji terlalu tinggi.
Malangnya, Lewandowski buat masa ini mahu terus kekal di Barcelona menurut laporan RAC1.
Hatrik beliau ke atas Valencia baru baru ini mengekalkan dia dalam senarai pesaing untuk trofi Pichichi. Dan itu isyarat jelas dia bahagia di Barcelona.
Lewandowski kini berada di tahun kedua kontraknya. Dan dia ada opsyen khas untuk melanjutkan kontraknya pada tahun ketiga untuk 4 musim lagi.
Xavi sangat senang dengan prestasi Lewandowski sejak menyertai pasukannya. Namun Xavi tidak memberikan jaminan bahawa pemain itu akan kekal. Dia berkata: “Kita akan buat keputusan tentang situasi kontrak pemain selepas musim ini berakhir.”
Xavi sah akan terus kekal di Barcelona musim hadapan setelah dia membuat u turn daripada melepaskan jawatannya akhir musim ini.
Lewandowski's salary will be €32 million next season.
— @rac1 pic.twitter.com/zUFtDfQPjI
— Barça Universal (@BarcaUniversal) May 5, 2024
Xavi berharap akan dapat membeli atau menandatangani pemain baharu. Namun halangan utama adalah isu gaji dan akaun FFP kelab itu.
Menjual Lewandowski akan membantu mereka mendapatkan wang daripada jualan, kemudian mengurangkan bil gaji pemain mereka.
Kelab dari Arab Saudi sebelum ini berminat mendapatkan Lewandowski dan Barcelona masih berharap kelab dari Saudi masih berminat dengan pemain itu. Serta pemain itu sendiri juga menerima perpindahan ke Saudi.
Sebelum ini ada kelab dari Saudi berminat dengan Lewandowski. Dan Barca sedia melepaskan pemain itu jika dia berminat ke sana. Malangnya Lewandowski masih mahu bermain di Eropah terutama sekali di UCL.
Satu satunya cara untuk Lewandowski terus kekal adalah dia menerima pengurangan gaji dalam rundingan kontrak baharu.