Hansi Flick secara rasminya telah dipecat oleh DFB berikutan kekalahan yang memalukan ditanggung oleh pasukan Jerman ketika berhadapan dengan Jepun dalam aksi persahabatan.
Jerman telah dikalahkan oleh Jepun dengan jaringan 1-4 di hadapan penyokong mereka sendiri.
Kekalahan yang memalukan itu membuatkan mereka diejek oleh penyokong mereka sendiri di dalam stadium.
Selepas tamat perlawanan selepas tamat perlawanan Hansi Flick menegaskan bahwa dia adalah individu terbaik untuk membangkitkan semula pasukan Jerman.
Malangnya pengurusan tertinggi pasukan Jerman tidak merasakan begitu.
Jerman menghadapi masalah krisis prestasi sejak Piala Dunia 2022 yang lalu. Di mana ketika itu mereka turut kalah di tangan pasukan Jepun.
Dalam lima perlawanan terakhir pasukan Jerman masih tidak mencatatkan sebarang kemenangan. DFB akhirnya hilang kepercayaan ke atas Hansi Flick.
Flick sebelum ini dianggap sebagai pengurus yang menjadi rebutan banyak pasukan. DFB pernah memancingnya ketika dia masih bersama Bayern.
Hanya selepas dua musim di Bayern dan membantu kelab itu menjuarai Treble, Hansi Flick meminta dilepaskan kelab itu untuk menyempurnakan impiannya menjadi pengurus pasukan kebangsaan Jerman.
Flick pernah menjadi orang kanan Joachim Low ketika Low bergelar pengurus Jerman. Low sendiri menganggap Flick sebagai calon terbaik menggantikannya di masa akan datang.
Prestasi beliau di Jerman agak turun naik. Jerman di bawah kendalian Hansi Flick gagal menunjukkan prestasi terbaik mereka ketika Piala Dunia 2022.
Dan selepas kempen Piala Dunia, Flick masih gagal memperbaiki prestasi pasukannya. Membawa kepada pemecatannya.
DFB akan melantik pengurus baharu selepas ini. Namun buat masa ini Rudi Voller akan menjadi pengurus interim.
BREAKING: Hansi Flick has been fired, he’s no longer German national team head coach 🚨⚪️🇩🇪
Federation set to discuss internally on new manager as Germany will host Euro 2024 in 9 months.
Rudi Völler will be on the bench as interim coach. pic.twitter.com/rXAXaTdyhO
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) September 10, 2023