Dimana Pemain Yang Bermain Dalam Debut Dion Cools Bersama Club Brugge

Pada pagi ini kem Malaysia menyebarkan berita baik kepada peminat bola sepak negara. Dion Cools sah menyertai Malaysia.

Facebook rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) memuatnaik beberapa gambar Cools memegang jersi keramat Harimau Malaysia.

Kegembiraan itu jelas terpancar di wajah Dato Hamidin. Harapan para peminat agak tinggi. Mengharapkan Cools memberi impak segera ketika bertemu UAE.

Perlawanan tersebut merupakan perlawanan ke-6 kelayakan Piala Dunia. Malaysia sedang berada di tempat ke-2 melalui pungutan 9 mata.

Cools mempunyai reputasi cukup besar bagi negara kecil bola sepak dunia seperti Malaysia. Reputasinya amat kuat kerana pernah menjadi pemain utama kelab utama di Belgium, Club Brugge.

Belgium merupakan negara besar. Mempunyai bakat dunia seperti Kevin De Bruyne, Romelu Lukaku dan dahulunya Eden Hazard.

Jupiler Pro League pula merupakan sebuah liga yang lebih cenderung membina pemain dan dijual kepada liga-liga yang lebih tinggi.

Cool dibeli oleh Club Brugge selepas hanya semusim memegang kontrak profesional bersama Oh Leuven. Pada musim kedua di Club Brugge, Cools mula menjadi pemain utama pasukan.

Cools mendapat debut liga seawal musim pertama disana. Dalam perlawanan tersebut Club Brugge tewas kepada Sint Tuiden 1-2 di gelanggang lawan.

Cools merupakan pemain paling muda dalam kesebelasan utama yang diturunkan oleh pengurus pasukan, Michel Preud’homme.

Disini kami menyenaraikan kesebelasan utama pada katika itu dan bagaimana karier mereka selepas itu.

Sebatien Bruzzese (Circle Brugge)

Pada ketika itu Club Brugge sedang melakukan transisi penjaga gol. Separuh musim pertama tugas itu digalas oleh Sebastien Bruzzese. Kelab membawa masuk Simon Buttele pada pertengahan musim.

Buttele menjadi penjaga utama. Bruzzese dipinjamkan ke Sint-Truiden dan kemudiannya kepada KV Kortrij. Karier Bruzzese hampir tamat apabila tidak mempunyai sebarang pasukan.

Circle Brugge mengambilnya untuk dijadikan penjaga sokongan.

Dion Cools (Midjtylland) dan Lauren De Bock (Leeds United)

Dion Cools merupakan pemain paling muda yang berada dalam kesebelasan utama. Pada ketika itu beliau berusia 19 tahun.

Cools merupakan pemain remaja kelab Oh Leuven. Pada musim pertama bersama pasukan senior, pemain ini menarik minat Club Brugges.

Club Brugge membeli Cools dengan harga €300 ribu-kontrak selama 4 tahun. Pertahanan kanan ini menjadi pemain utama pasukan pada musim keduanya di Club Brugge.

Memasuki musim ke-4, Cools mula kurang digunakan. Tempatnya dirampas oleh Clinton Mata. Mata dibeli dari Charleroi dan terus menjadi pemain utama.

Pada musim seterusnya Mata terus mengukuhkan tempatnya dan Cools dijual kepada Mijtylland dengan harga €1 juta-3 tahun kontrak.

Di pertahanan kiri kelab mempunyai Lauren De Bock yang dibeli pada harga €3.5 juta. De Bock sudah berada 2 musim sebelum kehadiran Cools. Pemain ini keluar setahun sebelum Cools pergi ke Midjtylland.

De Bock dijual kepada Leeds United yang sedang bermain di Championship. Namun dia tidak mendapat sebarang musim baik disana. Leeds meminjamkannya kepada KV Oostende, Sunderland dan Zulte-Waregem.

Kontraknya bakal berada di tahun terakhir bersama Leeds dan De Bock dijangka tidak akan mendapat tempat disana.

Stefano Denswil (Bologna) dan Brandon Michele (Club Brugge)

Stefano Denswil merupakan pemain paling berjaya dalam kesebelasan utama debut Cools. Denswil mendapat 4 musim cemerlang dan dia berjaya dijual ke Bologna (€6 juta).

Denswil juga berjaya menembusi skuad utama Bologna namun hanya bertahan semusim sebelum dipinjamkan semula ke Club Brugge.

Brandon Michele pula terus menjadi pertahanan tengah utama sehingga hari ini.

Timmy Simons (Bersara), Ruud Vormer (Club Brugge) dan Victor Vazquez (LA GALAXY)

Rakan Cools dibahagian tengah ialah Timmy Simons, Ruud Vormer dan Victor Vazquez. Simons dan Vormer bertindak sebagai defensive midfielder sementara itu Vazquez sebagai attacking midfielder.

Simons merupakan pemain tua yang berusia 39. Dia dibawa masuk oleh Club Brugge kerana memiliki pengalaman besar bersama skuad kebangsaan Belgium. Pemain ini mempunyai 99 penampilan di peringkat antarabangsa.

Cools sempat mengucapkan selamat bersara kepada Simons, 6 bulan selepas itu giliran Cools pula meninggalkan kelab.

Vormer menyertai Club Brugge pada tahun yang sama dengan Cools. Sehingga hari ini Vormer terus menjadi pemain utama kelab.

Karier Vazquez pula agak variasi. Pemain ini ditandatangani secara percuma apabila dilepaskan oleh Barcelona.

Bermain selama 5 musim pasukan, Club Brugge pantas menjualnya kepada Cruz Azul (€2 juta) ketika kontraknya berbaki 6 bulan.

Vazquez mengembara ke Arab menyertai Al-Arabi dan Umm Salal sebelum ke Amerika meyertai LA Galaxy.

Abdoulay Diaby (Getafe), Boli Boligoli-Mbobo (Celtic) Dan Tom De Sutter (Tiada kelab)

Abdoulay Diaby -penyerang sisi- merupakan produk kelab dari Perancis, Sedan. Ia merupakan sebuah negara besar bola sepak. Diaby bersama Lille sebelum menyertai Club Brugge dengan tag harga €2 juta.

Sudah pasti Diaby merupakan pemain utama Club Brugge. Kelab berjaya meningkatkan nilainya dan menjual kepada Sporting CP dengan harga 2.5 kali ganda.

Diaby banyak terlibat dengan kelab besar seperti Besiktas, Getafe, Anderlecht, Sporting CP dan Club Brugge itu sendiri.

Pasangan Diaby, Boli Bolingo-Mbobo juga mempunyai karier yang agak baik. Boli merupakan pemain ke-2 termuda selepas Cools.

Boli juga antara produk akademi Club Brugge, yang dibina oleh kelab sendiri. Namun kelab kurang mendapat manfaat apabila dijual kepada Rapid Wien dengan harga kurang dari €1 juta.

Lebih mengecewakan, Rapid Wien meraih keuntungan besar apabila menjualnya kepada Celtic (€3.4 juta). Sama Seperti Diaby, Boli antara pemain yang mempunyai karier bersama kelab utama eropah.

Bagi center forward, kelab menggunakan pemain yang sudah berusia 30 tahun Tom De Sutter. Pemain yang dibeli dari Anderlecht yang kemudiannya dijual kepada Busarspor.

Klimaks Cools di Club Brugge

Inilah kisah 10 pemain yang bersama Cools ketika dia muncul dalam perlawanan pertama liga bersama Club Brugge.

Pada musim pertamanya kelab menjuarai Jupiler Pro League namun Cools hanya terlibat dengan 5 perlawanan. Musim kedua Cools menjadi pemain utama dan Club Brugge menamatkan musim di tempat ke-2.

Klimaks Cools hadir di musim ke-3. Cools merupakan pemain utama pasukan dan Club Brugge menjadi juara Jupiler Pro League.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil