Dingoz MPX Juara PUBG Mobile Pro League

Pasukan Dingoz MPX telah muncul juara PUBG Mobile Pro League Malaysia Singapura musim ketiga (PMPL MYSG S3) bagi peringkat liga selepas bertarung mengharungi perlawanan selama tiga minggu.

Kejayaan Dingoz MPX ini telah melayakkan mereka mendapat slot ke PUBG Mobile Pro League Asia Tenggara Musim ketiga (PMPL SEA S3) sekaligus mengetepikan pasukan pilihan Team Secret dan Yoodo Gank.

Walaupun kejohanan ini untuk negara Malaysia dan Singapura namun tiada wakil dari Singapura kerana gagal melepasi pusingan kelayakan dan semua pasukan Malaysia layak.

Dingoz MPX telah mempamerkan aksi konsisten sepanjang tiga minggu samada di pusingan kelayakan dan juga Superweekend dan aksi terbaik adalah pada Superweekend kedua.

Dingoz MPX mengetepikan cabaran Team Secret yang merupakan organisasi e-spors terbesar dunia dengan kelebihan empat mata dengan mengumpul 336 mata keseluruhan.

Pasukan Yoodo Gank dan J8 Arov hanya bermain di dua Superweekend sahaja, namun mereka masih mampu menempatkan diri di 10 pasukan terbaik dan mara ke Grand Final.

Antara pasukan baru yang menonjol adalah Anti Circle (AC) dibawah tajaan Soloz, Doktor Internet Taugeh Ayam (DRTA) dan Jentera Pejuang Negeri Sembilan Esports Association (JP NSEA).

RSG telah bergelut untuk menjadi 16 terbaik namun sempat mengejar di hari terakhir untuk menamatkan saingan ditangga ke-14.

Pemain Dingoz MPX Haziq Hanafi atau In Game Name (IGN Appy) dipilih sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) Superweekend 3 dan Pemain Paling Bernilai Keseluruhan bagi pada peringkat liga.

Bagi kategori Top Fragger atau pemecah atas yang mencatatkan pembunuhan paling tinggi di Superweekend telah diraih oleh pemain Anti Circle Harm dengan 47 pembunuhan.

Pemain paling bernilai dari Dingoz MPX, Appy ditangga kedua dengan 46 pembunuhan dan pemain Geek FAM, Sane dengan 43 pembunuhan.

Sebanyak 16 pasukan terbaik Superweekend akan bertarung di Grand Final yang akan berlangsung pada 23-26 April 2021 dan akan merebut dua lagi slot ke PUBG Mobile Pro League Asia Tenggara Musim ketiga (PMPL SEA S3).

Malaysia dan Singapura mendapat 3 slot ke PMPL SEA dan dari sini perebutan antara negara Asia Tenggara untuk mendapatkan slot ke PUBG Mobile Global Champions (PMGC).

Baca yang lain

Bernardo Silva Singkir Chelsea

Chelsea disingkirkan oleh Manchester City daripada separuh akhir Piala FA 2023/24. Jaringan tunggal oleh Bernardo Silva minit ke-84, membuatkan Chelsea gigit jari