Diperlekeh Sebab Klaim Diri GOAT, McGregor Bentang Statistik Dan Minta Hater Terima Hakikat

Minggu lalu dunia MMA kecoh dengan pengklaiman daripada Conor McGregor yang menobatkan dirinya sebagai GOAT.

Kepada yang tak tahu GOAT tu apa, ia merujuk kepada Greatest Of All Time ataupun terulung sepanjang zaman.

Adakah benar McGregor adalah GOAT di pentas UFC dan MMA?

Conor McGregor telah melabel dirinya sebagai “Billi GOAT”. Dan Tweet itu telah mendapat banyak respon.

Ramai yang mempertikaikan pengklaiman tersebut. Namun ramai juga penyokong McGregor yang setuju dengan label itu.

Antara yang tergelak mendengar McGregor mengklaim dirinya sebagai GOAT ialah musuh utamanya, Khabib Nurmagomedov.

Khabib menganggap McGregor sebagai hanya GOAT di Twitter dan media sosial, tetapi bukan di Octagon.

Seorang lagi legend iaitu  Jon Jones telah membangkitkan isu kegagalan ujian dadah oleh McGregor dahulu.

McGregor sebelum ini berehat panjang daripada UFC dan kembali pada Januari lalu.

Jurulatih UFC ternama, John Kavanagh tampil dengan statistik secara infografik tentang pencapaian dalam karier McGregor. Dan membandingkannya dnegan Anderson Silva, Jon Jones serta Georges St-Pierre.

Kavanagh menyatakan, mungkin ramai yang mempertikaikan, tetapi apa yang pasti untuk bayaran tertinggi dalam sejarah UFC, tiada tandingannya.

Berdasarkan rekod, McGregor mendapat lebih USD55 juta dariapda pendapatan di atas kutipan tiket dan juga kekal dengan rekod PPV paling tinggi dengan USD4.3 juta.

McGregor kemudian retweet perkara itu dengan mengingatkan tentang rekod KO yang beliau cipta, janganlah dilupa.

McGregor menyatakan: “Jangan lupa, peratusan KO paling tinggi, dan juga KO terpantas, kedua duanya di dalam ataupun di luar UFC.”

“Saya mkenang paling banyak kejuaraan dan juga KO paling banyak di kebanyakan divisyen. Dan lagi, saya adalah persetubuhan GOAT. Fahamilah sayang, fahami sahaja.”

“Marilah bergembira dengan Billi GOAT!”

Beliau turut membentangkan rekod KO beliau sepanjang karier.

McGregor merupakan antara nama penting dalam sukan UFC. Beliau memiliki populariti yang sangat tinggi. Beliau berjaya memenangi 2 divisyen pada peak kariernya dahulu.

Namun selepas thrash talk dan tewas di tangan Khabib Nurmagomedov, reputasi beliau agak tercalar. Sebelum itu, beliau bertarung di gelanggang tinju menentang Floyd Mayweather yang menjana wang yang sangat banyak.

McGregor tewas di dalam pertarungan tersebut.

Beliau kemudian terlibat dalam beberapa kontroversi termasuk memukul orang tua yang mengutuk produk minuman keras keluarannya.

McGregor masih menunggu siapakah lawan beliau seterusnya. Ini selepas Justin Gaethje akan bertemu dengan Khabib Nurmagomedov bagi perebutan kejuaraan dunia.

Sebelum ini Gaethje telah memenangi pertarungan untuk perebutan bengkung kejuaraan interim berhadapan dengan Tony Ferguson.

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.