Dipotong 10 Mata, Everton Berdepan Saman Daripada Pemain Sendiri

Pundit Gary Leineker memberikan bayangan bahawa kelab itu kini berdepan dengan kemungkinan akan disaman oleh pemain mereka sendiri kerana pemotongan 10 mata yang diterima kelab itu.

Everton kini berada di zon penyingkiran di tangga ke-19, turun daripada tangga ke-14 sebelum ini selepas dipotong 10 mata kerana kesalahan FFP.

Everton didapati bersalah dalam peraturan keuntungan kelab. Ketika ini ada 3 kelab yang sedia untuk menyaman Everton.

Everton ketika ini berusaha untuk mengurangkan gaji pemain mereka, jika mereka disingkirkan untuk mengelakkan impak kewangan lebih besar kepada kelab itu.

Leineker yang pernah bermain untuk Everton satu masa dulu menyatakan bahawa pemain pemain Everton ada hak menyaman kelab itu jika Everton mahu mengurangkan gaji mereka.

Ianya perkara biasa untuk kelab mengurangkan gaji pemain berdasarkan klausa khas kontrak melibatkan penyingkiran. Ada kelab akan automatik berhak memotong gaji pemain jika kelab disingkirkan.

Kelab seperti Man United misalnya, mereka akan memotong gaji pemain 25% jika kelab gagal ke UCL. Itu antara contoh bagaimana impak kegagalan berada di sesuatu kedudukan dalam liga mempengaruhi gaji pemain.

Jadi, kelab kelab di EPL sudah lama melaksanakan dasar seperti ini. Pemain pemain pun ramai sedar akan perkara ini dan mereka memberikan toleransi kepada kelab sekiranya kelab tersingkir.

Namun dalam kes Everton, pemain akan berhak menyaman kelab. Kerana kesalahan itu bukan kerana mereka. Tetapi kerana impak 10 mata dipotong akibat salah urus kewangan.

Alan Shearer berkata: “Jika Everton disingkirkan, saya sudah dapat membayangkan semua pemain mereka sudah ada klausa penyingkiran dalam kontrak,” tegas legenda itu merujuk kepada Everton yang sudah beberapa kali terancam penyingkiran. Namun terselamat.

Jadi sudah pastinya kelab sudah ada perisai untuk perkara itu.

Shearer menyambung: “Jika kelab tersingkir, pemain mungkin akan dipotong gaji sehingga 50% macam tu. Namun sekarang ini, ini bukan salah pemain, bukan masalah daripada mereka, sudah tentunya mereka akan cakap kepada kelab ‘tunggu dulu, 10 mata yang dipotong ni bukan salah kami kan?’.”

Lineker menyambung: “Jadi, dengan itu pemain pemain ini akan mulai menyaman kelab sendiri.”

Alan Shearer simpati dengan Everton dan menganggap hukuman ini terlalu berat.

Selain daripada pemain pemain mereka, ada 3 kelab lagi sedang berkira kira menyaman Everton. Mereka adalah Leeds, Burnley dan Leicester. Di mana ketiga tiga kelab itu tersingkir ke divisyen kedua sedangkan pada masa itu Everton memang sudah didapati melanggar FFP – pada akhir musim lalu. Namun hukuman ke atas Everton tidak dilaksanakan pada masa itu.

Sebenarnya, Leeds dan Burnley memang sudah mahu menyaman Everton masa itu. Kerana impak kepada kedudukan mereka di liga.