Disaman RM45 Juta, Amber Heard Kini Pokai Muflis – Johnny Depp Berhak Merampas Harta Serta Gajinya

Peguam Amber Heard berkata pada hari Khamis bahawa Amber Heard tidak dapat membayar hutangnya kepada Johnny Depp bernilai $10.4 juta ataupun sekitar RM45 juta.

Heard tewas dalam perbincaraan mahkamah kes saman fitnah Johnny Depp. Dan dia dikatakan sudah pokai kerana dijatuhkan hukuman untuk membayar Johnny Depp sebanyak $10.4 juta.

Depp memenangi kes itu selepas Heard memfailkan saman terhadapnya kerana keganasan rumah tangga.

“Oh, tidak, sama sekali tidak,” Elaine Bredehoft, peguam Heard, memberitahu NBC ‘Hari ini’ apabila disoal sama ada dia mempunyai kemampuan kewangan untuk membayar jumlah besar yang diperintahkan pada akhir perbicaraan pada hari Rabu.

Amber Heard muflis

Elaine malah menyatakan jumlah saman itu membuatkan Amber Heard kini muflis.

“Benar, Amber kini pokai dan tidak mempunyai sebarang cara untuk membayar denda yang ditetapkan mahkamah atas kekalahannya kepada Johnny,” kata peguam Heard, Elaine Bredehoft.

Lebih teruk lagi, dia bakal kehilangan statusnya sebagai selebriti kelas A di Hollywood.

Dia turut kehilangan satu demi satu kontrak dengan penajanya, kerana tidak mahu dikaitkan dengan reputasi dan imej buruk Amber Heard pada ketika ini.

Antara produk yang sudah mengesahkan tidak lagi ada kaitan dengan Amber Heard dan menamatkan serta merta tajaan mereka adalah L’oreal.

Menurut laporan tersebut lagi, aktres berusia 36 tahun itu kekurangan wang akibat daripada pertikaian secara undang-undang berprofil tinggi dengan bekas suaminya.

Selain itu dia juga membayar peguam yang sangat mahal untuk kes tersebut.

Menurut beberapa laporan, bintang Aquaman itu terpaksa menukar penasihat undang-undangnya sebanyak beberapa kali.

Dan kini dia tiada wang untuk membayar mereka. Sebaliknya dia bergantung kepada perlindungan insurans pemilik rumah untuk menampung perbelanjaan peguamnya sekarang.

Menurut pakar undang-undang, menggunakan pelan insurans pemilik rumah dalam tuntutan kes mahkamah kini semakin meluas.

Actor Amber Heard waits before the verdict was read at the Fairfax County Circuit Courthouse in Fairfax, Va, Wednesday, June 1, 2022. The jury awarded Johnny Depp more than $10 million in his libel lawsuit against ex-wife Amber Heard. It vindicates his stance that Heard fabricated claims that she was abused by Depp before and during their brief marriage. But the jury also found in favor of Heard, who said she was defamed by a lawyer for Depp.(Evelyn Hockstein/Pool via AP)

Amber Heard boros

Amber Heard sebelum ini menerima $7 juta daripada pampasan penceraiannya dengan Johnny Depp pada 2016. Dia ketika itu berjanji akan mendermakan kesemua wang itu kepada kebajikan termasuk hospital kanak kanak Los Angeles.

Namun peguam Depp menyatakan bahawa tiada bukti bahawa Amber Heard sudah mendermakan wang sebanyak itu.

Heard kemudian menjawab dia melengahkan derma itu kerana digunakan untuk membayar peguam dan utiliti lain sepanjang perbicaraan kes dengan Johnny Depp.

Wakil daripada ACLU pula mendedahkan bahawa kali terakhir Amber Heard mendermakan wang kepada kebajikan adalah pada 2018. Dia berhenti menderma kerana ketika itu dia mendapati dirinya berdepan dengan masalah kewangan. Bukannya kerana membayar peguam untuk perbicaraan kes dengan Johnny Depp seperti didakwanya.

Depp kali pertama mahu menyaman Heard pada 2019. Jadi dia sepatutnya tiada masalah untuk menderma sepanjang 2 tahun lebih selepas penceraian pada 2016.

Satu sumber malah mendakwa bahawa gaya hidup mewah dan perbelanjaan terlalu boros Amber Heard sebelum ini untuk melancong, pakaian, hadiah dan wain telah membuatkan wanita itu tidak ada banyak wang simpanan.

Kos guaman dibiayai syarikat insurans

Kini kos guaman Amber Heard sebahagian besarnya ditanggung oleh The Travelers Companies seperti yang tertakluk dalam polisi insurans Amber Heard.

Pamela Johnson, naib presiden firma insurans, dilihat bersama Heard beberapa kali di bilik mahkamah Fairfax, Virginia semasa perbicaraannya.

Walaupun syarikat insurans menggaji dan membayar perwakilan undang-undang, peguam Virginia Jeremiah Denton berkata bahawa kebanyakan polisi mempunyai klausa yang menyatakan bahawa kos penghakiman tidak dijamin akan dibayar oleh The Traverlers.

Ini kerana ada satu klausa menyatakan bahawa, jika kesalahan itu dilakukan secara sengaja, syarikat tersebut berhak untuk tidak membiayai kos guaman tersebut.

Amber Heard kini sedang dalam proses untuk memfailkan rayuan membantah keputusan juri yang ternyata sebulat suara berpihak kepada Johnny Depp.

Depp masih berpotensi menuntut bayaran denda dengan menuntut gaji bekas isterinya daripada dua filem yang akan datang, mengutip aset atau merampas rumah Heard di Lembah Yucca California, kata pakar undang-undang – jika Amber Heard gagal melangsaikan samannya.

Amber Heard kini memiliki kekayaan bernilai $1.5 sehingga $2.5 juta pada Khamis. Dan angka itu jauh daripada kos yang dituntut oleh Depp daripadanya.

Amber Heard dibayar $1 juta untuk berlakon dalam Aquaman pada 2018 dan menerima kontrak baharu $2 juta untuk sekuel filem tersebut yang akan ditayangkan tahun hadapan.

Kediaman mewah yang dilengkapi tiga bilik tidur dan tiga bilik air itu bernilai AS$1 juta (RM4.3 juta).

Heard membelinya pada 2019 dengan harga AS$570,000 (RM2.5 juta) di bawah tabung amanah peribadi atas nama akauntannya.

“Jika Heard tidak mempunyai wang maka jalan terakhir adalah menggadaikan segala harta dimiliki semasa dia meneruskan rayuan membantah keputusan juri,”kata Peguam Rayuan Virginia, Steven Emmert.

Peguam Amber Heard, Elaine Bredehoft menegaskan bahawa kekalahan Amber ini adalah satu tamparan hebat buat semua wanita.

“Salah satu perkara pertama selepas Heard tewas kes ini adalah, saya mohon maaf kepada semua wanita di luar sana. Ini adalah kemunduran / langkah ke belakang untuk semua wanita di dalam dan di luar bilik mahkamah,” kata Bredehoft.

Baca yang lain