Pasangan suami isteri di Washington, AS telah disama $112,000 kira kira RM474 ribu kerana memberikan reviu 1 bintang di google review kepada syarikat pemasangan bumbung rumah.
Syarikat perniagaan keluarga Executive Roof Services (ERS) sebelum ini telah pergi ke rumah tempat Autumn Knepper dan Adam Marsh tinggal atas permintaan tuan rumah. Pasangan tersebut menyewa di rumah itu.
Mereka mendakwa ada kebocoran pada atap rumah mereka. Dan selepas kerja kerja itu siap, Knepper dan Adam Marsh memberikan reviu 1 bintang kepada syarikat tersebut kerana pegawai penyambut tetamu ESR yang biadap.
Knepper dan Adam turut memfailkan aduan kepada Better Business Bureau. Pasangan tersebut cuba mendapatkan informasi tentang kerja kerja baik pulih tersebut.
Ye lah, dah nama mereka tinggal kat situ kan, jadi boleh la diorang sedia apa yang patut pada hari kerja kerja itu dilakukan. Malangnya, mereka tidak dilayan oleh pegawai penyambut tetamu syarikat itu atas alasan, mereka bukan pemilik rumah, cuma penyewa sahaja.
Bercakap kepada KGW News, Knepper berkata: “Receptionist dari ERS tidak mahu memberikan saya sebarang informasi. Dia berkata dia cuma bercakap dengan tuan rumah. Saya kemudian menyatakan saya nak bercakap dengan pengurusnya, dan dia ketawakan saya.”
“Dia malah menuduh saya menyerang dia secara verbal dan mengaku bahawa dia adalah pengurus. Dia kemudian meletakkan telefon.”
“Dia tak mahu memberikan sebarang informasi langsung tentang kerja kerja pembaikan itu.”
Marsh menuduh wanita itu sebagai sangat biadap. Dia menambah: “Wanita itu memberitahu saya bahawa dialah pengurus di situ.”
Pasangan suami isteri itu menyatakan bahawa tidak seorang pun antara mereka dimaklumkan bila syarikat itu akan melakukan dan menyelesaikan tugasan mereka.
Selepas memberikan reviu 1 bintang, pemilik ERS, Mecham meminta agar Kneppers memadamkan reviu negatif itu yang boleh mencalarkan imej serta reputasi syarikatnya.
Seterusnya, ESR menyatakan bahawa, pasangan suami isteri itu tidak berhak memberikan reviu kerana yang melanggan servis mereka ialah tuan rumah. Jadi, hanya tuan rumah yang berhak.
mecham kemudian menyatakan bahawa dia tahu di mana rumah pasangan itu dan ada orang yang diupahnya untuk memerhatikan mereka. Mecham turut mengancam akan menyaman pasangan itu ratusan ribu dollar.
Namun Knepper tidak mengendahkan ancaman itu dan melaporkan kepada pihak polis agar syarikat itu tidak menghubungi mereka lagi. Namun ERS berterusan cuba menghubungi mereka dan kemudian menggunakan khidmat guaman Jordan Ramis — meminta pasangan itu memadamkan reviu 1 bintang itu.
Peguam itu menyatakan bawah ERS memutuskan untuk menyaman mereka dengan enam angka. Membuatkan isteri Adam iaitu Knepper terus menangis.
Knepper berkata: “Saya sangat terkejut takut. Saya tak mampu membayar peguam sekalipun. Saya tak ada duit untuk membayar $112,000 dan saya tak nak diisytihar muflis.”
ERS memberitahu bahawa aduan oleh pasangan tersebut di Better Business Bureau membuktikan bahawa pasangan itu berniat jahat sengaja mahu merosakkan nama baik syarikat mereka.
Peguam David Bowser berkata: “Mereka berdua dengan sengaja mahu merosakkan nama baik ERS dengan memberikan reviu 1 bintang sahaja untuk membuat aduan yang sebenarnya mereka tidak berhak berbuat demikian.”
Pasangan tersebut turut dituduh sengaja masuk campur dalam urusan perniagaan orang lain sehingga memberikan kemudaratan.