Disingkirkan Kunlavut, Loh Kean Yew: “Jangan Panggil Juara Bertahan Lagi, Udah Kalah!”

Misi Loh Kean Yew dari Singapura untuk mempertahankan kejohanan dunia miliknya berakhir di peringkat suku akhir. Di mana dia kalah di tangan pemain badminton yang meningkat naik dari Thailand iaitu Kunlavut Vitidsarn dalam pertarungan 3 set.

Kunlavut menang 21-12, 17-21, 21-8 Tokyo Metropolitan Gymnasium, Jepun. Selepas tamat aksi tersebut, pemain berusia 25 tahun dari Singapura itu menyatakan dia berpuas hati dengan prestasinya sepanjang kejohanan.

Ini adalah kali kedua Kunlavut menewaskan Loh Kean Yeaw dalam aksi final, selepas melakukan pada Sukan Sea pada Mei lalu.

Menyifatkan dia tak ada perkara untuk dikesalkan kerana sudah memberikan aksi terbaik. Kunlavut ternyata sangat ampuh dan lincah di atas gelanggang.

Kean Yew menambah: “Tiada kesal sebab saya telah memberikan segalanya di atas gelanggang. Dia lebih bersedia untuk aksi set ketiga dan mengawal tempo dan itu adalah perkara yang saya harus perbaiki di masa akan datang.”

Dalam muat naik twitternya dia tetap dengan semangat kesukanan tinggi menerima kekalahannya dan mengingatkan: “Jangan panggil saya reigning world champ lagi okeh. Udah kalah.”

Kunlavut menang bakat yang luar biasa dari Thailand. Berada di ranking ke-17 dunia. Dia merupakan juara remaja dunia daripada 2017-2019. Kunlavut akan bertemu dengan Zhao Junpeng di peringkat separuh akhir.

Satu lagi separuh akhir adalah antara pemain no.1 dunia dan juga juara Olimpik iaitu Viktor Axelsen dari Denmark yang akan bertemu jaguh Taiwan, yang berada di ranking keempat dunia, Chou Tien-chen.

Siapakah akan menjadi juara dunia 2022?