Disingkirkan Pasukan Divisyen 3, Tuchel Nafi Mereka Angkuh Dan Pandang Rendah Lawan

Bayern Munich dikejutkan pasukan divisyen 3, Saarbrucken dalam aksi Piala DFB Pokkal.  Thomas Tuchel mempertahankan sikap profesional pemain pemainnya yang dituduh terlalu memandang rendah lawan dan angkuh.

Saarbrucken ketinggalan seawal minit ke-16 menerusi gol Thomas Muller. Namun mereka membalasnya pada masa kecederaan separuh masa pertama menerusi Patrick Sontheimer.

Pada separuh masa kedua Saarbrucken menambah gol menerusi gol masa kecederaan 90+6′ oleh Marcel Gaus.

Tuchel juga menafikan dia terlalu yakin untuk menang sehingga tidak menurunkan Harry Kane sama sekali. Pemain itu menjadi pemain simpanan tak digunakan.

“Kami tak ada rasa angkuh atau ambil mudah perlawanan ini sama sekali. Mungkin tiada alasan atau 100 penjelasan di sebaliknya. Sebab ianya terasa sangat pelik.”

“Semua orang kata kami harus menang di sini. Tiada penjelasan yang bijak pandai untuknya, kami benar benar kecewa.”

Tuchel menjelaskan bahawa pasukannya sudah berjuang dan melawan terutama sekali pada separuh masa kedua. Namun akhirnya akur dan terpaksa menelan kekalahan yang sangat pahit.

“Kami berjuang dengan cara permainan kami pada separuh masa kedua. Kami diberikan rasa pahit untuk ditelan menerusi gerakan terakhir dalam perlawanan ini [di mana lawan mendapat gol kemenangan minit ke-90+6].”

“Kami mencipta peluang yang cukup termasuk separa peluang. Kami tak boleh melakukan lebih daripada itu dah. Kami sangat kecewa. Kami dalam keadaan terdesak untuk pergi ke Berlin. Kami mendahului dan kemudian tidak bermain bagus.”

“Separuh masa kedua kami kekurangan penyudah dan tiada nasih menyebelahi untuk menjaringkan gol kedua. Apa pun, tahniah kepada lawan kami.”