Sebelum ini ejen kepada Paul Pogba mengesahkan bahawa pemain itu terlepas aksi Piala Dunia kerana kecederaan terbaru dialaminya di paha ketika dia sedang dalam proses pulihs selepas pembedahan lututnya.
Pogba sebelum ini kembali berlatih selepas pembedahan yang dialaminya. Dan dia benar benar optimis akan menyertai skuad Perancis dalam kempen Piala Dunia 2022.
Dia sebenarnya masih belum cergas sepenuhnya daripada kecederaan lutut pada ketika itu. Cuma menjalani latihan fizikal ringan.
Namun begitu, ejennya, Rafaela Pimenta, telah mengesahkan bahawa pemain Perancis itu akan terlepas Piala Dunia akan datang di Qatar selepas mengalami kecederaan paha semasa latihan.
Pemain tengah itu cuba untuk membuat kemunculan semula selepas pemulihan daripada kecederaan lutut yang telah menyulitkan penglibatannya dalam bola sepak musim ini.
Bercakap kepada saluran Telefoot Perancis, seperti yang dipetik Get French Football News, Pimenta menjelaskan: “Paul ingin kembali secepat mungkin tetapi dia perlu menguatkan dirinya dengan kesabaran, bekerja keras dalam masa sukar ini, dan memberi yang terbaik untuk kembali ke padang demi peminat dan pasukannya secepat mungkin.”
Apabila kembali ke Juventus pada musim panas, Pogba mengalami kecederaan lutut pada pra-musim dan telah menghabiskan masa di pusat pemuliha sejak pembedahan.
Pada awalnya Pogba cuba mengelak untuk dibedah dan mahu menggunakan kaedah lebih konvensional. Namun doktor perubatan Juventus menasihati pemain itu harus menjalani pembedahan kerana ianya akan memberikan kesan jangka panjang jika Pogba tidak mahu dibedah.
Dia akhirnya akur dan bertekad mahu pulih secepat mungkin. Pemain tengah itu sudah hampir kembali pada minggu-minggu sebelumnya, dengan fikirannya sudah memikirkan bahawa dia akan beraksi di Qatar.
Tetapi kini akan terlepas kejohanan itu. Dan perkara itu disahkan dalam senarai akhir panggilan skuad Peancis. Di mana Pogba tidak tersenarai. Hal ini kerana Didier Deschamps sudah berjanji bahawa dia akan membawa pemain yang benar benar cergas bukannya mereka yang 50/50.
Pogba terbukti pemain penting negaranya, ketika dia membantu Perancis menang Piala Dunia kedua dalam sejarah mereka pada 2018.
Didier Deschamps juga tanpa pemain tengah, N’Golo Kante.
Keep your friends close and your enemies closer, France's team for the 2022 World Cup. pic.twitter.com/lIHtbqqzs5
— Roy Nemer (@RoyNemer) November 9, 2022
Selepas menjalani ujian perubatan di Turin dan Pittsburgh, Pogba kini mesti menumpukan usahanya untuk memulihkan dengan betul dari kecederaan lutut awalnya dan mengatasi kecederaan paha yang baharu.
Paul Pogba will miss the Qatar 2022 World Cup due to new injury, confirmed by his agent Rafaela Pimenta. 🚨🇫🇷 #Pogba
Pogba has not played one single official game with Juventus since he signed the contract last July. pic.twitter.com/nn13g6xGIX
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) October 31, 2022
Pogba masih belum membuat penampilan kompetitif untuk Juventus sejak kepulangan semulanya ke kelab itu begitu juga dengan Perancis sejak kembali ke Itali.
Pogba masih tidak berputus asa sehingga ke saat akhir. Dia sempat memuat naik video bernada sindiran tentang keadaan lututnya. Di mana dia menari nari menunjukkan bahawa lututnya sudah membaik.
Namun ianya sudah agak terlambat buat Pogba kerana Perancis sudah mengumumkan skuad Piala Dunia 2022 mereka.
Paul Pogba sends the message that his knee is better via Instagram. Too little too late for the World Cup barring a dramatic u-turn. pic.twitter.com/FQ9QEnVBlU
— Get French Football News (@GFFN) November 9, 2022
Ianya tahun yang sukar buat Pogba. Dia awalnya menjangkakan musim ini akan menjadi musim kebangkitannya selepas meninggalkan Man United dan kembali ke Juventus.
Namun sebaliknya berlaku. Selain daripada krisis kecederaan, dia juga berdepan masalah keluarga. Di mana abangnya telah memuat naik video mencacinya.
Abangnya turut mendedahkan bahawa Pogba telah berhabis jutaan euro untuk berdukun bagi melindungi dirinya daripada kecederaan dan cuba mandremkan Mbappe.
Pogba menafikan dia cuba menyihir Mbappe. Dan berkata dia menggunakan khidmat bomoh kerana mahu melindungi dirinya daripada kecederaan.
Pogba turut membuat laporan polis kerana menurutnya, abangnya antara mereka yang terlibat dalam pemerasan ke atasnya.