Disturbia: Kisah Remaja Terperap Di Rumah Menjadi Pengintip Tak Bertauliah

Sekarang ni masa kita semua terperap di rumah kan. So aku cerita pasal cerita Disturbia.

Filem Disturbia ni adalah berbentuk Thriller. Ianya mengisahkan seorang remaja bernamaKale (Shia LeBeouf).

Kale ni remaja yang dari keluarga baik baik. Namun satu peristiwa membuatkannya dikenakan perintah berkurung oleh polis.

Ianya kerana dia menumbuk cikgunya.

Mencari hobi baru secara indoor

Ketika dikurung, Kale mulai mencari apa sahaja aktiviti yang dia boleh buat untuk menghilangkan kebosanannya.

Ini termasuk bermain video game, melayari internet dan menonton TV. Namun kesemua itu tak sama dengan bersosial dengan keluar dari rumah. Tak akan sama!

Itu yang Kale hilang sekarang.

Tengok scene ni. Yang diselit dengan iringan lagu Lonely Day.

Kale ada sikap yang panas baran. Sifat itu mulai ada pada dirinya kerana dia menyalahkan dirinya di atas kematian ayahnya.

Daripada situ dia menjadi seorang yang sangat sensitif. Ayah dia kemalangan jalan raya, ketika dia dan Kale pergi memancing.

Sebab mengungkit hal ayahnyalah, cikgunya makan penumbuk Kale. Pening ibunya dengan si anaknya.

Kale diarahkan untuk menjadi tahanan rumah selama 100 hari. Dan hanya boleh bergerak sekitar 100 kaki di halaman rumahnya.

100 hari beb. Kau yang kena perintah kawalan pergerakan, pun barai nak hadap kan.

Kale menjadi lebih bosan apabila ibunya menutup akses ke Xbox Live dan I tunes.

Kale mulai rungsing. Bagaimana dia nak hadap 3 bulan tahanan rumah, kalau dah beberapa hari jadi teruk.

Kaki skodeng

Lalu Kale, mendapat satu hobi baharu iaitu menjadi pengintip kejranannya. Dia menggunakan satu binokular dan meneropong jiran-jirannya dari celah tingkap.

Banyak juga orang dia skodeng termasuk awek sebelah rumahnya yang hot bernama Ashley, lakonan Sarah Roemer – lawa dia ni.

Selain itu, Kale juga dapat tahu yang bebudak kecik di depan rumahnya suka mengakses filem dewasa menggunakan akaun ibu bapa mereka.

Ashley kemudian terperasan dia diskodeng lalu bersemuka dengan Kale.

Lalu, Kale terpaksa cover line menyatakan dia sebenarnya banyak benda menarik nak diceritakan daripada hasil pemerhatiannya.

Tanpa sengaja, pada suatu hari Kale ternampak jirannya di seberang rumah membunuh seorang wanita.

Kale berkongsi benda tu dengan Ashley dan Ronnie lakonan Aaron Yo.

Masalahnya sekarang, jirannya itu merapati ibunya, lakonan Carrie Ann Moss.

Kale berimaginasi?

Namun ibunya menganggap Kale hanya berimaginasi dan merasakan anaknya itu terlalu stress – serta perlukan bantuan.

Kau ni dah kenapa haaa?

Di situ plot cerita berkembang. Mana jiran dia tak marah apabila dituduh si Kale ni menjadi pembunuh dalam kes yang berkaitan dengan kehilangan gadis yang dihebahkan di berita arus perdana.

Jadi kaki skodeng sekarang dah termenjadi spy tak bergaji.

Kale mahu membuktikan dia tak berimaginasi lalu meminta bantuan Ronnie dan Ashley. Ronnie ni jenis kawan yang sanggup buat apa sahaja demi Kale. Dia pergi menyelinap masuk ke rumah.

AMARAN: Korang yang belum tengok, boleh stop baca sampai sini, bawah ni spoiler. Walaupun cerita ni dah lama dah.

Filem ini menjadi semakin tegang apabila ternyata Kale mendapati satu rakaman tak sengaja oleh Ronnie menampakkan ada mayat wanita.

Lalu Kale memutuskan untuk meneruskan siasatannya.  Ibunya yang malu dengan perangai anaknya yang prasangka telah pergi meminta maaf kepada Mr Turner tu tadi.

Kale pergi menyelamatkan ibunya daripada menjadi mangsa kepada manusia yang disyakinya pembunuh paling bahaya.

Filem yang bagus

Filem ini memiliki tempo penceritaan yang sangat baik. Tak terlalu pantas tetapi tak banyak plot hole.

Ianya bermula dengan permasalahan oleh seorang anak remaja yang kemudian keadaan menjadi semakin tegang apabila dia duduk di rumah dan menceritakan penemuannya.

Adakah ibunya akan percayakan anaknya? Yang dilihatnya sekarang ini sudah menjadi remaja bermasalah.

Diselit juga kisah cinta remaja sikit sikit, ok la. Tak ada la banyak sangat. Sebab ni filem thriller.

Paling padu korang disajikan dengan lagu Lonely Day – SOAD – memang anthem terbaik untuk orang yang terpaksa terperap di rumah.

Baca yang lain