Ditangkap Kerana Curi 2 Ekor Lembu Pakai Myvi Ketika PKP

Seorang lelaki telah ditahan polis kerana melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga terlibat dalam kes curi lembu.

Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan dengan dua ekor penumpang bersamanya.

Suspek telah melarikan dua ekor lembu curi bersamanya yang merupakan, seekor lembu jantan dan seekor lembu betina.

Kedua dua lembu itu disumbat di bahagian belakang kereta Myvi milik suspek selepas disuntik pelali.

Ketika ditahan, lembu lembu berkenaan dipercayai baru dicuri oleh suspek di kawasan tepi tali air Kampung Lembah Semerak, kira-kira jam 12.30 tengah malam, Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Deputi Superintendan Mohd Azmir Damiri, mengesahkan bahawa oohak polis menerima laporan daripada orang awam tentang kejadian itu.

Suspek dibantu oleh beberapa ahli kumpulan dia untuk membantu menyumbat dua ekor lembu ke dalam keretanya.

Dipetik dari Berita Harian, Deputi Superintendan Mohd Azmir Dami berkata: “Susulan tangkapan suspek, polis merampas peralatan dan barangan dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan mencuri lembu termasuk ubat pelali, jarum suntikan, sebilah pisau dan sebatang paip PVC.”

“Kita percaya lembu ini disuntik pelali sebelum disumbat di belakang kereta yang sudah dicabut kerusi bahagian belakang.”

Mohd Azmir menegaskan bahawa kedua dua ekor lembu itu boleh dijual dengan nilai RM6,000 berdasarkan harga pasaran semasa.

Pemilik lembu tersebut sudah pun membuat laporan polis tentang perkara itu.

Lelaki berkenaan ditahan reman sejak 25 April sehingga esok.

Suspek kini sedang disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan (KK) kerana mencuri, Seksyen 6 (1) Akta bahan-bahan kakisan dan letupan dan senjata berbahaya 1958.

Dia juga turut melanggar Peraturan 11 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (No.2) 2020 iaitu melanggar PKP.

“Hasil siasatan awal juga mendapati lelaki ini turut mempunyai rekod lampau bersabit kes curi,” tegas pihak polis lagi.

Polis turut meminta seorang wanita dikenali sebagai Nurul Asdayanti Mohamad, 29, beralamat terakhir di Kampung Pantai Baru, Bachok untuk tampil bagi membantu siasatan kes itu.

“Wanita ini diminta hadir ke balai polis pada bila-bila masa bagi membantu siasatan kes dan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat.”

“Kita percaya, kegiatan ini dilakukan secara berkumpulan sebelum ternakan dijual dalam pasaran tempatan. Mereka dipercayai sudah mempunyai pelanggan yang bersedia membeli lembu curi,” katanya lagi.

Sumber: BH Online

Baca yang lain