Ditegur Shukor Adan, Dominic Tan Kata: “Kritikan Itu Normal, Saya Akan Perbaiki Diri”

Pemain pertahanan Harimau Malaya sebelum ini mendapat teguran daripada legenda Shukor Adan. Dan pemain kebangsaan itu menerima teguran itu dengan terbuka.

Shukor Adan telah mempertikaikan kenapa Dominic Tan menggunakan badan ketika mahu melakukan hadangan dan juga telah mempersoalkan kenapa pemain pertahanan perlu meletakkan tangan di belakang walaupun dalam situasi tidak perlu.

Dominic Tan secara terbuka menerima teguran itu dan menyifatkan ‘Semua orang ada pendapat masing-masing.’ dan beliau akan terus berusaha untuk memperbaiki dan memperbetulkan kesilapan lalu.

“Sesiapa pun boleh cakap apa-apa, awak tahu kan? Semua orang boleh cakap segalanya tentang orang lain. Jadi, yeah, bukan tak jadi masalah untuk saya, semua orang ada pendapat masing-masing.”

“Tapi saya tahu kenapa saya buat macam tu atau apa saja kesilapan saya lakukan dalam perlawanan saya akan perbetulkan dengan melihat video perlawanan penuh.”

Dominic Tan tidak kisah dengan kritikan atau pendapat orang lain yang dianggap normal, selagi mana dia tahu akan kesilapan sendiri maka dia akan terus memperbetulkannya.

“Semua orang boleh cakap apa saja tapi selagi mana saya tahu kesilapan saya dan saya tahu saya melakukan kesilapan, saya akan perbaiki dan meningkatkannya sendiri.”

“Saya tak perlu dengar orang lain cakap apa-apa [untuk mempengaruhi fokus saya] tapi semua orang ada pendapat masing-masing. Tidak mengapa, itu adalah normal.”

Semua orang ada pendapat masing-masing dan semua orang ada kesilapannya sendiri jadi selagi mana teguran diberi adalah membina serta setiap kesilapan mahu diperbaiki maka itu adalah satu tanda positif.

Dominic Tan masuk pada separuh masa pertama menggantikan Aidil Zafuan yang mengalami kecederaan hamstring dan Shahrul Saad pula mengalami kecederaan yang sama pada separuh masa kedua ketika menentang Vietnam.

Kerana itu Dominic Tan sahaja pilihan yang Tan Cheng Hoe ada dipertahanan tengan untuk aksi wajib menang menentang Indonesia dimana Aidil Zafuan dan Shahrul Saad tidak akan dapat beraksi.

Sedikit kelegaan buat Tan Cheng Hoe dengan ketibaan Dion Cools merupakan seorang lagi bek tengah tulen, kualiti Dion Cools boleh ditagih untuk memberi ketenangan kepada barisan pertahanan yang sentiasa huru-hara.

Biasa Defending Keluarkan Kaki Bukan Badan

Pesara bola sepak Malaysia, Muhammad Shukor Adan telah melahirkan rasa terkejut dan kelu apabila melihat bagaimana Dominic Tan melakukan kerja bertahan dengan menggunakan badan dan bukannya kaki.

Muhammad Shukor Adan yang menjadi pengulas jemputan bersama Mohd. Razman Roslan dan Muhammad Shahrom Abdul Kalam telah menyatakan pandangannya ketika menganalisis gol ketiga Vietnam ketika menentang Malaysia.

Gol ketiga Vietnam dari Nguyen Hoang Duc berpunca dari satu serangan balas selepas hantaran lemah dari Baddrol Bakhtiar mudah dipotong oleh pemain Vietnam, Nguyen Tuan Anh.

Nguyen Hoang Duc segera datang dari belakang untuk memberi sokongan dan tolakan dilakukan Nguyen Tuan Anh dan secara solo Nguyen Hoang Duc menyudahkan peluang itu walaupun dikepung hampir tiga empat pemain Malaysia.

Menurut pemain legenda, Muhammad Shukor Adan mengakui ada kesilapan dari Baddrol Bakhtiar namun yang menarik perhatian beliau adalah Shahrel Fikri dan Dominic Tan.

“Saya tertumpu kepada Shahrel Fikri dan Dominic, memang Bad (Baddrol) buat hantaran bola salah dan Bad kembali pressing.”

“Dan saya pun terperanjat Dominic boleh pergi nak intercept (potong) bola cara macam ni, saya pun jarang tengok.” Ujar Shukor sambil tergelak.

Dominic Tan telah mempamerkan satu aksi bertahan yang luar biasa dan tidak mengikut buku teks dengan kata lain tidak mengikut tertib apabila menggunakan badan berbanding kakinya.

“Kita defending kita selalu duduk mungkin kita keluarkan kaki tapi dia keluarkan badan, rasa macam hoki pulak kan?”

Sementara itu, bekas pemain pertahanan Selangor, Muhammad Shahrom Abdul Kalam bersetuju dengan Shukor Adan dan mengatakan pemain pertahanan perlu menggunakan kaki selagi boleh, menggunakan badan adalah pilihan terakhir.

“Saya rasa sebagai pemain pertahanan kita jangan bagi oppenent (lawan) kita boleh bid (kalahkan) kita dengan kaki dominan mereka.” Ujar Shahrom Kalam pula.

“Tetapi kita nampak dia (Nguyen Hoang Duc) dah potong masuk ke dalam dan Bad dah masuk sekali, tapi bagi saya sebagai defending (pertahanan) kita kena teguh berdiri dengan kaki.”

“Jangan kita rebahkan badan, selagi kita boleh block (hadang) dengan kaki, kita terus gunakan kaki. Saya pun tak tahu apa yang Dominic ingin lakukan tadi.”

Bagi pemain pertahanan Melaka United, Razman Roslan pula kaki perlu digunakan untuk membuat hadangan kerana sudah pasti guna kaki lebih cepat berbanding menggunakan badan.

“Memang sepatutnya, sebagai pemain pertahanan kita perlu mempertahankan gol kita tapi bukan dengan cara membelakangkan gol kita.”

“Apabila kita tak nampak bola tu, kita tak dapat block, kita tak tau mungkin dia hanya menghadang mencuba nasib, kalau bola kena maka kena.”

“Saya rasa menggunakan badan agak lambat, lebih baik dia menggunakan kaki, block guna kaki.”

Block dengan badan membelakangkan lawan

Muhammad Shukor Adan, Mohd. Razman Roslan dan Muhammad Shahrom Abdul Kalam nyata kelu tidak terkata dengan tindakan tidak masuk akal Dominic Tan itu namun dalam rasa agak terhibur mereka bertiga bersetuju bahawa inilah perkara yang perlu diperbaiki.

Kesilapan yang dilakukan oleh Dominic Tan itu adalah kesilapan asas dalam bertahan di mana kaki perlu digunakan berbanding badan kerana kaki lebih laju berbanding melayangkan badan.

Kehadiran Dion Cools yang dijangka beraksi ketika menentang Indonesia mungkin dapat memberi ketenangan kepada bahagian pertahanan seperti mana yang dilakukan Harry Maguire bersama Manchester United.

Dominic Tan masuk menggantikan ketua pasukan, Aidil Zafuan yang terpaksa dikeluarkan selepas mengalami kecederaan selepas kurang 20 minit permainan berlangsung.

Pemain Vietnam memulakan gerakan di sebelah kiri sebelum melakukan cutback kepada Nguyen Quang Hai yang melakukan larian breakthrough tanpa dikawal mana-mana pemain Malaysia.

Quang Hai kemudiannya melepaskan rembatan lencong ke sebelah kanan Khairul Fahmi Che Mat yang hanya mampu tergamam dan terkesima melihat bola meluru laju ke dalam gol.

Pada minit ke-36, gol Malaysia bolos lagi dan kali ini menerusi Chong Phuong. Pemain berjersi nombor 10 ini menerima bola menerusi satu flick cantik daripada rakan sepasukannya, dan berjaya menewaskan dua pertahanan Malaysia sebelum melepaskan satu rembatan menewaskan Khairul Fahmi.

Nguyen Cong Phuong mempamerkan kemahirannya menggelecek pemain Harimau Malaya mencari ruang dan melepaskan rembatan terkena tiang dan masuk ke gawang.

Gol ketiga Vietnam hadir pada penghujung perlawanan di mana Dominic Tan telah melakukan aksi bertahan yang luar kebiasaan.

Malaysia akan berdepan Indonesia dalam perlawanan terakhir dan kemenangan satu-satunya pilihan Malaysia untuk mara ke separuh akhir.

Sumber: Astro Arena

Baca yang lain