Ditentang Ramai Pihak, Man United Sedia U-turn Keputusan Serap Semula Greenwood

Manchester United sebelum ini membayangkan bahawa kelab itu sedia untuk menerima masuk semula Mason Greenwood ke dalam pasukan mereka.

Dan menyatakan bahawa keputusan daripada mesyuarat khas itu akan diumumkan dalam masa terdekat.

Dalam kenyataan tersebut, Man United langsung tidak menyatakan bahawa kelab menentang kepulangan semula Greenwood ke dalam pasukan selepas terang terangan membelasah dan memperkosa awek dia sendiri.

Malah laporan dari Manchester menyebut, Richard Arnold turut memberikan isyarat kepada staf kejurulatihan dan staf sokongan yang lain untuk bersedia menerima semula kepulangan pemain itu ke dalam pasukan utama.

Greenwood sudah mulai berlatih di fasiliti kelab secara bersendirian sejak beberapa minggu lalu.

Membuatkan ramai menentang langkah itu. Walaupun ada yang menyokong jika kelab mahu menyerap masuk nama pemain itu kerana menurut mereka Greenwood kini bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah.

Namun persatuan peminat wanita Man United menyelar tindakan kelab yang membenarkan pemain yang terang terangan ada bukti video, audia dan gambar telah melakukan keganasan domestik.

Walaupun kelab menyatakan bahawa apa yang disebarkan di media sosial adalah bukan bukti lengkap ataupun partially evidence.

Berbeza dengan kes Mendy yang tiada bukti kukuh dan pemain itu bebas kerana pihak pendakwaan gagal membuktikan dia memperkosa.

Sebaliknya Greenwood bebas kerana teman wanitanya yang menarik semula semua dakwaan dan menggugurkan kes itu. Malah ketika kes itu disiasat dahulu, ayah teman wanita Greenwood, masih menganggap Greenwood sebagai keluarganya dan hubungan mereka masih baik baik sahaja.

Ramai yang menyindir ayah Harriet sebagai tidak mahu kehilangan pas eksklusif di Old Trafford dan kehilangan menantu dengan gaji jutaan dollar setahun.

Namun kini kelab itu membuat u turn sedikit dengan menyatakan mereka akan menangguhkan dahulu keputusan mereka tentang Greenwood.

Sebelum ini penyampai tv berpengaruh di Britain iaitu Rachel Riley menyatakan dia akan berhenti serta merta menyokong Man United jika kelab itu benar benar menyerap semula Greenwood ke dalam pasukan.

Tindakan itu dianggap tidak menghormati wanita termasuk penyokong dan staf wanita di Man United.

Malah ramai staf terutama staf wanita di Man United sudah mengancam mahu meletak jawatan jika benar Greenwood diterima semula dalam pasukan itu.

Menurut koresponden Manchester Evening News, Man United kini sedia untuk u turn.

Mason Greenwood masih belum bermain untuk Man United sejak Januari 2022. Sejak itu Man United melancarkan siasatan dalaman mereka sendiri ke atas pemain itu walaupun polis membebaskan Greenwood atas nasihat mangsa yang menggugurkan kes itu.