Fabrizio Romano semalam menjadi perhatian dunia apabila akau rasmi Brighton menganggap dia telah membuat laporan tak benar berkaitan dengan perpindahan Marc Cucurella ke Chelsea.
Di mana akau rasmi kelab tersebut menyebut: “Laporan yang bertentangan dan tak tepat daripada beberapa outlets media pada malam ini. Tiada kesepakatan dicapai dengan mana mana kelab untuk perpindahan Marc Cucurella.”
Walaupun tidak menamakan Fabrizio Romano secara spesifik, namun ramai peminat percaya post itu turut ditujukan kepada Fabrizio Romano.
Ini kerana dia merupakan antara sumber yang banyak menjadi rujukan media lain. Dan dia sebelum ini sudah menyatakan bahawa rundingan Chelsea mendapatkan Marc Cucurella adalah Here We Go.
Fabrizio Romano menyebut bahawa Chelsea sudah menewaskan Manchester City untuk mendapatkan bekas bek sisi Barcelona itu. Di mana Man City berkeras tidak mahu membayar tanda harga GBP50 juta diletakkan Brighton dan hanya sanggup membayar paling tinggi GBP40 juta sahaja.
Chelsea kemudian datang dengan tawaran dengan pakej lebih GBP50 juta untuk pemain yang dianugerahkan Pemain Terbaik Tahunan Brighton musim lalu itu.
Pakar perpindahan Eropah itu berkata dalam kemaskininya: “Marc Cucrella ke Chelsea, here we go! Perjanjian penuh di antara Chelsea dan Brighton untuk harga lebih GBP50 juta. Levi Colwill juga dalam proses menyertai Brighton tak lama lagi.”
“Terma peribadi sudah dipersetujui sekarang, tiada peluang untuk Man City. Cucurella akan menjadi penandatanganan baharu Chelsea, selesai!”
Marc Cucurella to Chelsea, here we go! Full agreement in place between Chelsea and Brighton for more than £50m. Levi Colwill on the verge of joining Brighton soon. 🚨🔵 #CFC
Personal terms already agreed, no way for Man City. Cucurella will become Chelsea new signing, done. pic.twitter.com/5Rw6CvDT1l
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 3, 2022
Di ruangan komen, Fabrizio Romano dihentam oleh beberapa hatersnya yang menunggu masa. Ada yang mempertahankan Fabrizio Romano dengan menyatakan bahawa dia pun manusia biasa, dan tak lari daripada membuat kesilapan.
Kemudian ada yang menuduh Fabrizio Romano sebagai berbohong.
we will see who lied 🤗
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 3, 2022
Beberapa jam kemudian Fabrizio Romano kembali dengan kemaskini bahawa pemain tersebut sudah lulus pemeriksaan medikal di London. Dan kemudian dalam proses menandatangani dokumen. Sekali lagi Here We Go kata Fabrizio Romano.
Brighton's admin in the mud, fab you remain Fabolous 🥂😊
— winning mentality😘💰 (@deenayaah) August 4, 2022
Ianya satu comeback yang menarik daripada Fabrizio Romano. Namun masih perlu menunggu pengumuman rasmi daripada kedua dua kelab.
🚨 Fabrizio Romano Response 🚨
'we will see who lied 🤗'
Even after @OfficialBHAFC statement, @FabrizioRomano is still confident Marc Cucurella is 100% joining @ChelseaFC .#CalmaCucurella #CFC#ChelseaFC#ChelseaFC pic.twitter.com/khK3j6Tfel
— Chelsea Dodgers 🧢 (@TheBlueDodger) August 3, 2022
Berikut adalah butiran akhir perjanjian untuk Cucurella ke Chelsea:
Pemain tersebut berharga £62 juta secara keseluruhannya. Dengan £57 juta adalah harga tetap. £7 juta lagi dalam bentuk bonus.
Levi Cowill akan menyertai Brighton secara pinjaman semusim.
After medical completed, Chelsea and Brighton set to sign documents for Marc Cucurella deal. 🚨 #CFC
Exclusive details ⤵️
▫️ Chelsea will pay £55m fixed fee plus £7m add-ons.
▫️ Levi Cowill will join Brighton on loan until June 2023.
▫️ Expected to be official this week.
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 4, 2022
Dalam perkembangan yang lain, Chelsea mengesahkan bahawa kapten mereka, Cesar Azpilicueta akhirnya setuju untuk kekal dan melanjutkan kontrak baharu dengan The Blues. Sekaligus menamatkan spekulasi bahawa pemain itu bakal menyertai Barcelona.
Azpilicueta sebelum ini sudah berjumpa dengan Thomas Tuchel menyatakan bahawa dia mahu menyertai Barca. Namun Tuchel kemudian memberitahu bahawa dia harus membuat keputusan berdasarkan kepentingan Chelsea terlebih dahulu, walaupun keputusan itu mungkin tak dapat menggembirakan pemain.
Akhirnya, Azpi berjaya dipujuk dan terus kekal bersama Chelsea.
Sebelum ini, Chelsea sudah mendapatkan Raheem Sterling dan Kalidou Koulibaly. Tuchel masih mahukan sekurang kurangnya 2 pemain lagi selepas Marc Cucurella.