Dituduh Dalang Bendera Separuh Tiang, Hafizul Hakim Mahu Saman Penyokong RM5 Juta

Semalam ketika pemain pemain Perak tengah mogok tidak mahu masuk ke padang latihan, terdapat satu lagi isu yang panas berlaku.

Ini apabila penyokong Perak mendapati bendera Perak dikibarkan separuh tiang. Perkara itu membuatkan ramai penyokong Perak yang marah. Mereka rata rata menyokong boikot oleh pemain pemain Perak namun tidak setuju dengan tindakan menurunkan bendera separuh tiang.

Seorang penyokong dilaporkan mengaitkan bendera separuh tiang tu dengan penjaga gol utama Perak, yang juga pemain kebangsaan, Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy .

Hafizul bengang dengan tuduhan tidak berasas itu dan mengancam tindakan perundangan dengan saman RM5 juta. Kerana menurutnya tuduhan itu teralu berat.

Hafizul sekeras kerasnya menafikan dia ada kaitan dengan bendera separuh tiang itu, yang membawa maksud kemangkatan dan berkabung.

Dipetik dari Sinar Harian, Hafizul berkata: “Kebetulan saya menerima WhatsApp daripada rakan memaklumkan ada individu ini petik nama saya bahawa sayalah punca dan ketua yang membuatkan bendera itu turun separuh.”

“Isu bendera separuh tiang ini kita tahu apa maknanya, jadi bila libatkan saya dan pemain-pemain, saya tak boleh duduk diam.”

Hafizul menyatakan ketika para pemain tiba di perkaranga stadium pada 9.30 malam, bendera tersebut memang sudah dalam keadaan separuh tiang. Hafizul tidak tahu ianya angkara siapa.

Hafizul sudah membuat laporan polis. Dan menambah, beliau mahu menyaman seorang penyokong yang menyebarkan berita tak benar itu, di samping itu, Hafizul menafikan sama sekali ianya perbuatan oleh pemain Perak yang lain.

Diharap dalang yang menurunkan bendera Perak separuh tiang itu akan diketahui dan tampil menjelaskan apa sebenarnya motif tindakan tersebut?

Tentang boikot yang dilancarkan, Hafizul mengesahkan para pemain sudah tamat memboikot selepas berpuas hati dengan penjelasan pihak pengurusan tertinggi.

Sumber rujukan: Sinar Harian

Baca yang lain

Griezmann Kesal Hina Alexis Sanchez

Antoine Griezmann akui dia melampaui batas apabila mengeluarkan kata kata hinaan kepada Alexis Sanchez ketika pertemuan 16 akhir antara Atletico Madrid dan