Neymar menafikan bahawa dia mengalami masalah berat badan dan out of shape. Selepas Copa America, Neymar dilihat berdepan masalah kegemukan.
Ramai peminat tidak gembira dengan perkembangan tersebut kerana Neymar seharusnya kekalkan berat badan unggulnya.
Beberapa gambar Neymar sedang bercuti dikongsikan di media sosial oleh netizen. Menunjukkan pemain itu sedang ‘bahagia’ dengan percutiannya.
Malah beberapa gambar dia berlatih bersama PSG juga menjadi sasaran peminat yang menyatakan bahawa Neymar harus menurunkan semula berat badannya.
— PSGhub (@PSGhub) August 28, 2021
Seterusnya ada juga yang membandingkan Neymar dengan dua orang lagi pemain senior daripadanya iaitu Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo.
●Cristiano Ronaldo: 36 anos: 0 Copa do mundo
●Lionel Messi: 34 anos: 0 Copa do mundo
●Ronaldo fenômeno barrigudo: 2 Copa do mundo
Neymar Jr barrigudo: TÃO DEIXANDO A GENTE SONHAR pic.twitter.com/h9N1Pbogad— Alerta Rio Branco (@AlertaRioBranco) September 4, 2021
Terbaru, selepas membantu negaranya menang ke atas Chile, Neymar sekali lagi dituduh gemuk oleh para peminat.
Namun Neymar tidak melatah dan membalas kritikan itu dalam bentuk gurauan.
Neymar ternyata membaca komen para peminat di instagram dan memberikan respon. Menurut Neymar, dia bukan gemuk tetapi jersi yang dia pakai adalah saiz besar, saiz G — kata beliau sambil berseloroh.
Saiz G merujuk kepada saiz Grande, ataupun saiz besar (large).
“Baju tu [saiz] G. Saya dah pun kembali ke berat badan unggul saya. Perlawanan seterusnya saya akan minta pakai jersi M” tulis Neymar dengan emoji gelak.
Walaupun menang, namun Neymar menyatakan dia dan rakan rakannya kurang gembira dengan persembahan mereka secara keseluruhan.
Neymar sendiri gagal menunjukkan aksi cemerlang dalam perlawanan tersebut. Neymar dan Danilo menjadi dua pemain paling banyak melakukan hantaran gagal dengan 11 kali.
Neymar turut bergelut dengan kreativitinya pada kali ini.
Neymar dianggap pemain elit dalam bola sepak dunia. Beliau seringkali dibandingkan dengan Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.
Neymar sudah memberikan komitmennya kepada PSG. Dengan menyatakan dia menyesal kerana pernah buat hal, mendesak PSG menjualnya ke Barcelona.
Kini Neymar bergandingan semula dengan rakan baiknya, Lionel Messi di PSG.
Mereka kini akan membentuk trio impian ala Fantasy Football iaitu Mbappe-Messi-Neymar. Cuma situasinya sekarang Mbappe pula kemaruk nak menyertai Real Madrid.
Mbappe sudah menolak beberapa tawaran oleh PSG untuk melanjutkan kontraknya.