Dituduh Gol Angin, Ini Jawapan Dari Saka Sendiri

Bukayo Saka melakukan gol yang dianggap Tammy Abraham sebagai fluke ataupun bahasa kita gol angin.

Tammy Abraham geram dengan Saka dan Maitland Niles yang sangat bersemangat bercerita tentang gol itu.

Pada pendapat Tammy Abraham, Saka sebenarnya telah melakukan half cross (istilah untuk bola separa cross yang menuju tepat ke gawang) yang memerangkap Edouard Mendy.

Saka menerima bola daripada Smith Row dan terus meghalakannya ke arah gol.

Selepas tamat perlawanan, Bukayo Saka dan Maitland Niles masih bercerita tentang keindahan gol tersebut.

Lalu rakan di pasukan kebangsaan mereka, Tammy Abraham mencelah menyatakan bahawa gol itu adalah angin / fluke ataupun nasib.

Detik kelakar tiga rakan itu dirakam oleh kamera di Emirates.

Ketika Saka sedang girang gembira, Tammy terus meminta Saka jangan terlalu beriya kerana gol itu tidak disengajakan.

“Kamu tak sengaja pun, kau diamlah wei.”

Namun reaksi Saka dan Ainsley Maitland-Niles lebih setan apabila Tammy Abraham beredar daripada mereka.

Lihat detik kelakar itu di sini:

Lebih menarik apabila dalam wawancara selepas perlawanan, wartawan bertanya sama ada Saka mendapat manfaat daripada keraguan (benefit of doubt) ataupun dia memang sengaja melakukan gol itu.

Bukayo Saka dengan senyuman manisnya menyatakan dia memang bermaksud melakukan gol itu. Itu bukan angin ataupun gol nasib.

Wartawan Sky Sports, Geoff Shreeves menerjah Saka dengan soalan: “Kamu benar benar melakukan gol itu [dengan sengaja]?”

Saka dengan pantas menjawab: “Sudah tentu bang.”

Shreeves menambah: “Jawapan itu tidak cukup meyakinkan.”

Namun Saka tetap menyatakan dia memang melakukan shot itu.

Jadi, kita percaya kepada Saka tidak menggunakan saka melakukan gol tersebut. Kerana dari mulut beliau sendiri menyatakan gol itu bukan fluke.

Arsenal 3 Chelsea 1

Arsenal menang bergaya 3-1 ke atas Chelsea pada hari Boxing Day.

Di mana tiga gol Arsenal adalah menerusi Lacazette, Granit Xhaka dan Bukayo Saka.

Manakala gol tunggal Chelsea adalah menerusi Tammy Abraham.

Kemenangan itu membolehkan Arsenal kini dibezakan hanya 4 mata daripada 10 teratas dan menjauhi zon penyingkiran.

Namun Chelsea pastinya tidak gembira dengan keputusan ini. Frank Lampard dengan terbuka menyatakan pasukan mereka mempersiakan peluang berdepan dengan pasukan Arsenal yang sedang bermasalah.

Lampard membidas sikap para pemainnya yang menurutnya malas, itu punca kepada bolos dua gol awal.

Chelsea mempersiakan peluang untuk berada di 4 teratas dengan keputusan tidak menggembirakan ini.

Baca yang lain

TERKINI: Barca Kekal Kepimpinan Xavi

Xavi Hernandez akhirnya setuju untuk terus kekal di Barcelona. Semalam laporan Mundo Deportivo menyebut bahawa pengurus itu berjumpa dengan pengurusan tertinggi di