Dituduh Kencing, Ini Penjelasan Azhar Ali: “Aku Tak Perlu Minta Maaf Sebab Aku Pun Mangsa Scam”

Azhar Ali akhirnya tampil memberikan penjelasan. Ini selepas dia dituduh mengencing/menipu rakyat Malaysia ketika menyatakan dia mendapat biasiswa NASA.

Azhar sebelum ini mengklaim dia berjaya mendapat “Super Distinction score” sebanyak 96.77 untuk Spacesuit Interface Efficiency Level. Ia memang markah yang sangat tinggi.

Berita itu mendapat perhatian seluruh rakyat Malaysia termasuk Perdana Menteri – Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 

24 jam selepas tweet Azhar itu, terdapat lebih 22,500 perkongsian (retweet) dan lebih 34,400 tanda suka, selain turut dihujani dengan ucapan tahniah dari rakyat Malaysia termasuk oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin.

Selain daripada KJ, Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin pun ucap tahniah kepada Azhar.

KJ turut menjemput Azhar untuk ke MOSTI dan Agensi Angkasa Negara untuk memberikan motivasi kepada saintis muda.

“Tahniah! Saya dengan sukacitanya mahu menjemput anda ke MOSTI dan Agensi Angkasa Negara dalam masa terdekat untuk tengok macam mana kita boleh galakkan saintis muda kita mendapat biasiswa berprestij.”

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Fayhsal turut turut mengucapkan ucapan tahniah kepada Azhar. Beliau menganggap Azhar sebagai role model kepada belia di Malaysia.

“Tahniah saudara. Kami berbangga dengan kejayaan saudara – dan berharap saudara boleh menjadi ‘role model’ kepada belia Malaysia yang lain. Salam Ramadan al-Mubarak!”

Azhar Ali menjadi bualan di kalangan ibu bapa yang mahu anak mereka membaca kisah kejayannya dan menjadikannya sumber inspirasi.

Bukan itu sahaja, berita gembira dan luar biasa itu turut dikongsi media Indonesia yang tumpang berbangga.

Netizen mulai ragu ragu

Namun selepas itu Netizen mengesyaki ada benda yang tak kena. Dan ada yang mulai menyemak kesahihan maklumat itu. Lebih meragukan Azhar mulai menutup twitternya kepada private.

Ada sesetengah netizen mulai menuduh Azhar mengencing seluruh rakyat Malaysia dan segelintir rakyat Indonesia.

Ini gara-gara Azhar mulai meletakkan akaun twitternya sebagai peribadi selepas beberapa warganet mempersoalkan kesahihan informasi dia berikan.

Azhar sebelum ini mengklaim dia berjaya mendapat “Super Distinction score” sebanyak 96.77 untuk Spacesuit Interface Efficiency Level. Ia memang markah yang sangat tinggi.

 

Seterusnya, ada warganet bertanya, bukankah peserta program tersebut hendaklah berstatus warganegara Amerika Syarikat dan penduduk tetap?

Ada juga yang mencari nama Azhar Ali di laman web Nasa dan mendapati tiada namanya. Yang mereka jumpa hanyalah warga Amerika.

Malah ada yang mendapati NASA melakukan kesilapan tatabahasa di dalam satu tangkap layar dikongsi oleh Azhar.

Malah ada yang meminta Azhar Ali berkongsi gambarnya di NASA. Takkan tak ada langsung.

Baca di sini:

Adakah Satu Malaysia Termasuk PM Dan Indonesia, Dikencing Pelajar Klaim Dapat Biasiswa NASA Ini?

Penjelasan Azhar

“Assalam, hari ini saya nak jelaskan beberapa perkara. Yang paling utama, kesahihan biasiswa NASA yang saya terima. Pada 20 Mac, saya terlibat dalam pertandingan mereka pakaian NASA dalam kategori untuk gred 9-12 di bawah NASA. Saya terlibat.”

“Dan saya menunggu yang terbaik untuk dihantar 2 minggu kemudian. Selepas dua minggu saya menerima satu email menyatakan bahawa saya terpilih sebagai top 1%, saya kemudian berkongsi berita gembira ini dengan rakan rakan.”

“Dua perkara berlaku selepas itu, ramai yang mengucapkan tahniah kepada saya dan beberapa pihak telah memeriksa kesahihan pensijilan tersebut. Terima kasih, kalian adalah pahlawan saya. ”

“E-mel utama hanya mempunyai lampiran & pautan diberi pautan ke sebuah portal – di mana saya dapat memilih foto untuk pengenalan yang dianggap sebagai petunjuk pertama bahawa saya mungkin menjadi mangsa penipuan.”

“Saya mengambil screenshot dari pautan kerana saya mahu anda melihat bagaimana keadaannya.”

“Dalam pada masa yang sama, saya turut menerima email daripada NUS. Dan kali ini email datang tanpa domain NUS. Satu lagi petanda kepada scam. Dan saya ada menulis benda ni kepada NUS baru baru ini.”

“Paling penting, saya telah membangkitkan isu ini kepada NASA di laman rasmi mereka untuk mendapatkan pengesahannya.”

Tolong jangan meletakkan  kerjaya saya dalam bahaya

“Melalui kesempatan ini, saya juga ingin meminta agar anda semua berhenti membuat pernyataan palsu bagi pihak saya.”

“Saya masih seorang pelajar, sedang mencapai kemuncak kerjaya saya. Saya mendapat tawaran dari institusi ternama dari luar negara dan saya sangat meminta agar rakyat Malaysia tidak membahayakan kerjaya, masa depan saya kerana ketidaktentuan ini.”

“Apa yang dapat kita sendiri dapat pelajari, termasuklah kita harus selalu memeriksa keasliannya sebelum mengaitkan atau mengemukakan sebarang bentuk berita kepada umum. Saya tidak akan meminta maaf setelah menjadi Mangsa Penipuan.”

“Saya merasa sangat sedih kerana ramai orang tidak dikenali seperti saya yang dibawa ke penipuan semacam ini, berpotensi kehilangan wang dan harga diri mereka. Kepada anda semua, jangan takut dan berdiam diri.”

“Ini boleh menyebabkan kemurungan dan kemungkinan bunuh diri kerana kita dapat melihat bunuh diri di kalangan remaja meningkat kerana kemurungan. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada ibu bapa saya yang memberi saya keberanian dan membimbing saya.”

“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang sangat menyokong saya melalui masa-masa sukar ini, dan orang-orang yang mengucapkan tahniah kepada saya. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada individu yang menunjukkan apa kekurangan saya dan kesedaran pada diri saya.”

“Saya seorang astrophile, saya suka alam semesta dan semua yang ada padanya. Terima kasih rakan-rakan kerana menyokong saya. Semoga yang terbaik ada untuk anda semua. Terima kasih. Asslm.”

Berdasarkan penjelasan Azhar Ali maknanya, satu negara discam oleh scammer yang menye-kam(scam) beliau.

Ada juga yang banter: “Oklah sesekali rakyat pula scam menteri. Kan selalunya menteri scam rakyat,” kahkah. Tapi ni semua kena wei.

Baca yang lain