Minggu lalu, Carlo Ancelotti menganggap Barcelona bermain taktikal pelik dan memiliki penguasaan bola rendah ketika separuh akhir pertama Copa Del Rey di Bernabeu.
Ancelotti menyatakan bahawa, taktikal Barcelona yang berkampung di kawasan sendiri memaksa Real Madrid melakukan banyak hantaran lintang.
“Mereka bermain dengan pendekatan pelik, tidak seperti sebelum ini. Ianya memaksa kami melakukan banyak hantaran lintang, walaupun kami tidak menggemari bermain begitu. Namun mereka sangat bagus dalam memenangi bola tinggi,” kata pengurus Madrid itu.
Ancelotti turut menganggap pasukannya berhak menang kerana bermain lebih baik berbanding Barcelona yang cuba ada penguasaan bola 35%.
Media pro Madrid turut memperlekehkan Xavi Hernandez sebagai bukan tactician yang bagus seperti didakwa. Kerana dia juga bermain dengan sistem bertahan dengan park the bus.
Xavi akur dengan kritikan itu. Malah menyindir pasukan lain bahawa, jika pasukan tersebut menang dengan cara begitu ianya sudah tentu dianggap kejayaan besar dan ibarat festival kebangsaan.
“Sebab itu Barcelona adalah pasukan paling rumit untuk diiuruskan di dunia. Kamu menang 1-0 di Bernabeu dan orang berkata kamu tidak bermain dengan meyakinkan.”
“Jika pasukan lain melakukannya, ia ibarat festival kebangsaan.”
“Penyokong mahu kami menang dan mengekalkan penguasaan bola 70%.”
💥 El 𝐫𝐞𝐯𝐮𝐞𝐥𝐨 de la posesión.
💬 Xavi: "El Barça es el club más difícil del mundo". pic.twitter.com/hkdE63r9xx
— Relevo (@relevo) March 4, 2023
Barcelona menang dengan 1-0 dalam aksi pertama itu tanpa 3 pemain paling penting mereka musim ini iaitu Ousmane Dembele, Robert Lewandowski dan Pedri.
Barca menghalang Madrid melakukan percubaan dengan baik sehinggakan Real Madrid mencatatkan 0 on target.
Barcelona kini berusaha untuk memperbaiki semula prestasi mereka dalam liga. Sebelum ini mereka dikejutkan oleh Almeria. Xavi ternyata tidak gembira dengannya.