Dituduh Plagiat Imej Shutterstock, FAU-G Ancam Tindakan Saman Ke Atas Netizen India

FAU-G (Fearless and United Guards) baru sahaja diumumkan bakal menjadi permainan multiplayer terbaru di India. Agak menarik kerana pengumuman iru dibuat sebaik sahaja India mengumumkan pengharaman PUBG daripada negara mereka.

Sebelum ini India sudah mengharamkan banyak permainan video lain dari China. Namun PUBG masih beroperasi kerana PUBG mendakwa pengkalan data untuk para pemain PUBG di India disimpan di India dan bukannya China.

Namun beberapa minggu selepas itu PUBG menerima nasib yang serupa dengan games yang lain. Kira kira 117 permainan video dari China diharamkan di India,

PUBG merupakan permainan video yang sangat popular di India dan memiliki jutaan peminatnya.

Belum pun video game FAU-G dikeluarkan secara rasmi, ianya sudah mendapat kecaman daripada warganet di India. Di mana mereka menuduh game tersebut awal awal sudah menunjukkan dirinya adalah plagiarism.

Pencipta permainan ini iaitu nCore Games tampil menepis dakwaan itu.

Sebelum ini Akshay Kumar mengumumkan bahawa FAU-G adalah alternatif kepada PUBG.

Pada awalnya nCore Games menerima sambutan yang baik. Tetapi hanya sehari selepas itu, sudah ada yang mulai menentang idea itu yang dianggap memalukan India.

Pertamanya adalah poster FAU-G yang dituduh dari imej Shutterstock milik pereka grafik Phet Thai.

Gambar tersebut digunakan dalam lagu ‘Today We Rise’ oleh Collision of Innocence.

Malah ada yang mulai menuduh FAU-G adalah idea asal daripada mendiang aktor Sushant Singh Rajput yang dicuri olen nCore Games dan Akshay Kumar.

Mendengar terlalu banyak kecaman dan tuduhan ke atas mereka, nCore Games akhirnya memberikan penjelasan secara rasmi menerusi Twitter mereka.

“Kenyataan ini dikeluarkan untuk menjawab perbincangan / khabar angin tertentu di media sosial bahawa FAU: G adalah idea asal oleh oleh mendiang pelakon Shri Sushant Singh Rajput, yang sama sekali palsu dan tidak berasas.”

“Akshay Kumar telah menjadi mentor untuk nCore. FAU: G direka dan dikembangkan oleh pasukan di nCore. Semua hak cipta dan harta intelek yang berkaitan dengan FAU: G dimiliki oleh nCore.”

Twitter nCore Games juga menangani tuduhan plagiarisme, dengan mendakwa bahawa poster FAU-G adalah gambar yang mereka miliki secara sah dan berlesen.

“Kami ingin menjelaskan lebih lanjut bahawa kami telah secara rasmi membeli lesen untuk menggunakan gambar dari Shutterstock. Selain itu ini hanya poster teaser dan kami akan segera melancarkan skrin judul permainan rasmi dan seni dalam permainan [in game art] tidak lama lagi.”

nCore Games mengakhiri pernyataan mereka dengan mengatakan bahawa jika perlu, mereka akan mula mengambil tindakan undang-undang yang diperlukan terhadap orang atau pihak yang menyebarkan khabar angin ‘palsu’ dan ‘tidak berasas’ seperti itu lagi.