Dituduh Sakit Hati Dengan Lewandowski, Cristiano Ronaldo Sebenarnya Pemain Yang Mengundi Messi Dan Lewandowski

Cristiano Ronaldo dikecam gara gara respon beliau yang kononnya sakit hati dengan kemenangan Robert Lewandowski dalam anugerah FIFA Best.

Penyerang sensasi Poland dan Bayern Munich, Robert Lewandowski berjaya menewaskan Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo untuk memenangi anugerah Pemain Terbaik Dunia – FIFA Best 2020.

Anugerah itu diumumkan oleh Presiden FIFA, Gianni Infantino. Trofi FIFA Best itu disampaikan kepada pemenang Pemain Terbaik Dunia 2020 yang hadir di pentas yang berasingan.

Robert Lewandowski berjaya menyingkirkan dua pesaing utamanya, Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo. Dan beliau memang dianggap sebagai calon utama untuk menang anugerah tersebut.

Ini kerana Robert Lewandowski telah menjadi mesin gol yang membantu Bayern Munich memenangi treble pada musim lalu,

Lewandowski menjaringkan 55 gol dan 10 assist dari 47 penampilan dalam semua pertandingan untuk Bayern Munich.

Dan berikut adalah senarai Kesebelasan Dunia Fifpro 2020 yang dikuasai oleh Bayern Munich dan Liverpool.

  • Alisson Becker
  • Trent Alexander Arnold
  • Virgil Van Dijk
  • Sergio Ramos
  • Alphonso Davies
  • Kevin De Bruyne
  • Thiago
  • Joshua Kimmich
  • Lionel Messi
  • Cristiano Ronaldo
  • Lewandowski

Tular satu gambar yang memaparkan Ronaldo dilihat kurang gembira dengan kemenangan Robert Lewandowski.

Namun sebenarnya, itu mungkin momen di mana gambar diambil pada ketika Ronaldo sedang termenung dan ia tak sekali menggambarkan keseluruhan reaksinya.

Ini kerana dalam kertas undiannya, pemain antarabangsa Portugal itu ada mengundi Robert Lewandowski.

Kekadang reaksi ‘fanboy’ Messi dan Ronaldo ini agak melampau. Dan membuatkan semua perkara dijadikan isu.

Bak kata Koeman sebelum ini, adalah lebih baik menikmati kedua dua legenda ini sementara mereka masih ada di atas oadang.

Cristiano Ronaldo memilih Lionel Messi untuk pertama kalinya tahun ini, mengakhiri trend panjang daripada beliau untuk tidak mengundi pemain itu ketika anugerah individu.

Seperti yang dilaporkan di laman web rasmi FIFA, Ronaldo meletakkan seteru sekian lama beliau, Messi berada di kedudukan kedua di belakang Pemenang Pemain Lelaki FIFA terbaik Robert Lewandowski dan di hadapan PSG Kylian Mbappe.

Tetapi setelah memberikan undian kepada Ronaldo dalam dua  anugerah berturut turut sebelum ini, Messi musim ini memutuskan untuk tidak mengundi superstar Juventus dan Portugal itu dalam edisi kali ini.

Walaubagaimanapun, kita dapat tahu bahawa kedua dua pemain pernah mengundi satu sama lain di dalam karier mereka. Walaupun seringkali dianggap bermusuh di dalam dan di luar padang.

Sementara itu Ronaldo kali ini memilih Lewandowski, Mbappe dan Lionel Messi.

Lewandowski dengan treble musim lalu. Manakala Mbappe membawa PSG sehingga ke final UCL dan juara Ligue 1 yang ditamatkan awal.

Lionel Messi walaupun tak menang piala berpasukan namun secara individu bagi Ronaldo, seterunya itu layak diundi sebagai antara yang terbaik.

Berikut adalah senarai undian Messi dan Ronaldo untuk Ballon d’Or dan FIFA Best sejak 2010 sehingga tahun ini.

Ballon d’Or:

2010: Tidak mengundi
2011: Xavi, Iniesta, Aguero
2012: Iniesta, Xavi, Aguero
2013: Iniesta, Xavi, Neymar
2014: Di Maria, Iniesta, Mascherano
2015: Suarez, Neymar, Iniesta

FIFA Best:

2016: Suarez, Neymar, Iniesta
2017: Suarez, Iniesta, Neymar
2018: Modric, Mbappe, Ronaldo
2019: Mane, Ronaldo, De Jong
2020: Neymar, Mbappe, Lewandowski

Dan berikut adalah undian daripada Cristiano Ronaldo:

Ballon d’Or:

2010: Xavi, Casillas, Sneijder
2011: Tidak mengundi
2012: Tidak mengundi
2013: Falcao, Bale, Ozil
2014: Ramos, Bale, Benzema
2015: Benzema James, Bale

FIFA Best:

2016: Bale, Modric, Ramos
2017: Modric, Ramos, Marcelo
2018: Varane, Modric, Griezmann
2019: De Ligt, De Jong, Mbappe
2020: Lewandowski, Messi, Mbappe

Baca yang lain