Dituduh Sekadar Gimik Nak Kembali, Tyson Upload Montaj Latihan Tumbukan Lebih Membara

Dunia sukan telah menjadi gila apabila Mike Tyson mengatakan bahawa dia ingin kembali bertinju beberapa minggu lalu untuk pertarungan amal bagi mengutip dana.

Dana tersebut akan disalurkan kepada tabung wabak yang akan membantu mereka yang memerlukan.

‘Iron Mike’ tetap menjadi salah satu legenda yang paling dikenali dalam arena sukan setelah meningkat naik menjadi terkenal pada tahun 1980-an sebagai pakar KO dan juara kelas berat yang termuda dalam sejarah.

Tetapi setelah tiga kekalahan dalam empat pertarungan profesional terakhirnya serta beberapa komen membimbangkan tentang kesihatan mentalnya, maka beliau telah mengumumkan persaraannya.

Walaubagaimanapun, ramai juga menganggap Mike Tyson mungkin hanya bergurau dan cuma gimik. Ini kerana Mike Tyson dianggap sudah terlalu tua untuk kembali semula untuk satu lagi pertarungan.

Namun begitu, Tyson sepertinya sudah bersiap sedia untuk kembali semula bertumbuk di dalam ring.

Tyson memberitahu Facebook Gaming: “Saya merasa tidak dapat dihentikan sekarang. Dewa-dewa perang telah membangunkan saya semula. Mereka telah menyalakan ego saya dan mahu saya pergi berperang lagi.”

Tyson kembali bertinju?

Pada usianya yang sudah 53 tahun, Mike Tyson sebelum ini membuatkan Khabib Nurmagomedov dan The Rock terpukau dengan kepantasan beliau melakukan tumbukan dan kondisi fizikal yang mantap.

Tyson mulai menurunkan berat badannya agar menjadi unggul.

Tyson nampaknya telah menghantar mesej yang jelas kepada semua orang yang ragu-ragu dengan kepulangannya ke ring. Ini apabila Mike Tyson memuat naik kompilasi latihan yang ckup padu serta mengancam di Instagram pada malam Isnin.

Beberapa kompilasi beliau berlatih dengan pad di mana gaya tumbukannya masih berbisa dan masih laju. Malah video kali ini lebih ganas daripada yang sebelum ini dengan beberapa siri paparan tumbukan padu Iron Mike.

Tyson menulis dengan mengatakan: “Apa-apa sahaja tidak mustahil jika kamu bijak. Berlatih dengan bjiak. Recover dengan lebih bijak.”

Tyson dengan nada tegas berkata: “I’m back!”

Beberapa nama legenda sudah dikaitkan dengan perlawanan amal itu termasuk Evander Holyfield. Namun Holyfield menyatakan beliau tak perlukan trilogi untuk membuli rakan baiknya itu sekali lagi.

Ada juga yang mencadangkan Mike Tyson untuk berhadapan dengan Lennox Lewis, yang pernah menewaskannya satu ketika dahulu.

Tidak kurang juga, ada beberapa petinju lain yang sudah menawarkan diri mereka untuk beraksi bertinju dengan Iron Mike.

‘Mayweather Sedang Khayal, Klaim Dirinya Lebih Hebat Daripada Muhammad Ali’

Ini 5 Petinju Yang Pernah Kalahkan Mike Tyson

Baca yang lain

Tuchel Tuduh Pengadil Memihak Arsenal

Thomas Tuchel menuduh pengadil sebagai berat sebelah memihak kepada Arsenal. Ini selepas beberapa keputusan pengadil dianggap memihak Arsenal dan tidak kepada Bayern.