Antoine Griezmann telah diundi sebagai pemain terbaik La Liga musim ini oleh akhbar Sepanyol, Diario AS. Dan pemain itu benar benar gembira dengan pengiktirafan itu.
Griezmann yang kembali menemui sentuhannya bersama Atletico dalam beberapa musim ini dan telah menjadi nadi penting pasukan tersebut sekali lagi.
Sebelum ini dia pernah meninggalkan Atletico untuk menyertai Barcelona dalam satu perpindahan yang sangat kontroversi bernilai €120 juta.
Dia menerima gaji sekitar €800k seminggu di Barca pada masa itu. Namun banyak perkara yang tidak tidak gembira ketika di Barca dan meminta untuk dilepaskan semula ke Atletico.
Griezmann masih gagal menjadi pemain utama Barca seperti mana dijanjikan kelab itu kepadanya. Kerana pada masa itu Lionel Messi masih di prestasi kemuncaknya.
Griezmann kembali ke Atletico secara pinjaman dan menerima pengurangan gaji luar biasa. Dan pada Oktober 2022, kelab itu mengumumkan bahawa Griezmann ditandatangani secara tetap dengan kontrak sehingga 2026.
Barcelona terdesak melepaskan pemain itu kerana ketika itu kelab berdepan dengan hutang lebih €1 billion.
Musim ini dia menjadi nadi penting pasukannya dan sudah mencetak 9 gol setakat ini dalam La Liga. Membantu pasukannya mara ke kalah mati UCL.
Dan kini Diario AS mengundi dia sebagai pemain terbaik Liga Sepanyol musim 2022/23.
Bercakap kepada wartawan selepas menerima pengiktirafan itu dengan berkata: “Keseronokan dan tahap prestasi permainan saya adalah buktinya. Saya adalah Atletico sampai mati.”
🔴⚪️ Antoine Griezmann after being voted La Liga Player of the Season 22/23 by @diarioas.
“The joy and the level of my game are evident; I’m an Atlético for life!”. pic.twitter.com/SmBLdIkxdJ
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) December 18, 2023