DJ Dinar Candy Lelong Seluar Dalam RM14,000, Kerana Impak Cov-19

Dinar Candy atau nama sebenarnya Dinar Miswari merupakan seorang DJ dan public figure di Indonesia.

Beliau antara DJ terkenal di Indonesia bukan hanya kerana kepakaran spinnya tetapi kerana keseksiannya yang sungguh luar biasa.

Selain Kimi Hime, Nikita Mirzani dan Ruby Jane, Dinar Candy juga antara ikon seksi paling terkenal di Indonesia.

Gadis kelahiran Bandung ini mula tular baru-baru ini kerana beliau membuat keputusan untuk menjual seluar dalamnya yang sudah dua hari tidak dicuci.

Kejadian tersebut terjadi dengan tidak dirancang yang mana ketika itu Dinar Candy sedang membuat siaran langsung di laman Instagram miliknya dan mengeluh tentang situasi dunia sekarang.

Dinar Candy terkesan kerana pendapatan beliau berkurangan ekoran dari kesemua tempahan untuknya dibatalkan.

Beliau mengadu kekurangan pendapatan dan mahu menjual salah satu barang peribadinya dengan menyatakan:

“Selama tujuh bulan saya tiada pendapatan tetap kerana Koronavirus dan kuarantin… jadi saya nak jual barang saya!

“Salah satu yang saya mahu jual adalah seluar dalam ini, ini kepunyaan saya yang sudah pernah dipakai. Saya mahu jual dengan harga 50 juta Rupiah!,”

Jelas Dinar Candy.

Dengan tidak di duga, ada seorang lelaki yang bersetuju untuk membeli seluar dalam yang sudah dipakai dan tidak dicuci selama dua hari itu.

Dinar Candy sendiri sempat berfikir bahawa lelaki itu hanya mahu bermain-main dan meminta lelaki itu untuk memasukkan duit ke akaunnya terlebih dahulu sebelum beliau mengirimkan seluar dalam tersebut.

Tidak lama selepas itu, lelaki tersebut memasukkan duit yang diminta oleh Dinar Candy bernilai 50 juta rupiah(RM14,000).

Berita itu tular dan Dinar Candy telah dipanggil oleh pelbagai rancangan TV termasuk dipanggil untuk berkerjasama dengan beberapa youtuber terkenal.

Jadi selain mendapat penghasilan yang lumayan dari penjualan seluar dalamnya, kedudukan ekonomi Dinar Candy juga bertambah baik dengan pelbagai tawaran lain seperti diundang ke rancangan TV.

Ada juga youtuber terkenal yang membuat konten dengan pergi ke rumah Dinar Candy dan menemu bualnya serta menawarkan untuk membeli seluar dalam yang beliau pakai.

Teruk juga impak dari penularan wabak Koronavirus ini bukan?

Sebenarnya nilai RM14,000 untuk satu seluar dalam terpakai tidak lah begitu mahal jika dibandingkan dengan apa yang pernah dilakukan oleh Madonna.

Ramai lagi artis lain di luar negara yang melakukan hal yang sama dengan menjual pakaian dalam mereka kepada peminat.

Madonna pernah melelong seluar dalamnya dengan nilai $75,000 dan ianya dibeli oleh peminat beliau.

Menurut sumber laporan dari Just Collecting, jumlah orang yang pernah menonton penyanyi yang diberi julukan ratu pop itu memakai seluar dalam adalah lebih ramai dari yang mendengar lagu nyanyiannya.