Djokovic Disingkirkan Kerana Terpukul Bola Ke Arah Penjaga Garisan

Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic, disingkirkan dari Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat setelah memukul bola ke ke arah penjaga garisan.

Dalam aksi menentang Pablo Carreno Busta pada pusingan keempat Terbuka AS, Djokovic ketinggalan 6-5.

Ketika bersiap sedia untuk perlawanan dilanjutkan, Djokovic mengeluarkan bola yang beliau tak mahukan dan memukulnya ke belakang.

Tanpa diduga, bola itu terkena penjaga garisan yang terus rebah.

Djokovic menyedari kesalahannya dan terus meluru ke arah penjaga garisan itu.

Novak Djokovic memeriksa penjaga garisan itu setelah memukulnya dengan bola sebagai reaksi agak kecewa kehilangan satu mata kepada Pablo Carreno Busta.

Dipetik dari Sky Sports, pengadil kejohanan Soeren Friemel turun ke lapangan dan bercakap dengan pengadil Aurelie Tourte dan penyelia pertandingan grand slam Andreas Egli.

Mereka berbincang dengan Djokovic sebelum akhirnya memutuskan untuk menyingkiman Djokovic daripada kejohanan ini.

Menurut pertimbangan, Djokovic memang tidak berniat mencederakan sesiapa namun kelakuannya yang agak emosi membuatkan dia memukul bola seperti itu.

Dengan penyingkiran itu, Djokovic juga akan kehilangan mata ranking yang dia dapat dalam kejohanan ini.

Djokovic juga mungkin akan dikenakan denda tambahan kerana tidak hadir dalam sidang media berikutan kejadian ini.

Kegagalan ini juga menjadikan kemenangan Djokovic di kejohanan ini terhenti selepas 26 perlawanan.

Dengan ketiadaan Djokovic, peluang pemain lain untuk menjadi juara semakin terbuka kerana sebelumnya Rafael Nadal juga memutuskan untuk tidak menghadiri kejohanan ini sementara Roger Federer masih pulih dari kecederaan.

Djokovic tampil memohon maaf menerusi Instagram miliknya.

“Keseluruhan situasi ini membuatkan saya sangat sedih dan terasing. Saya memeriksa keadaan penjaga garisan dan mereka memberitahu saya, syukur tuhan, dia ok.”

“Saya sangat sangat meminta maaf kerana membuatkan dia kesulitan. Sangat tak disengajakan, dan sangat salah.”

Netizen berbelah bahagi pendapat mengenai insiden ini. Ada yang menyatakan hukuman itu terlalu berat.

Takkanlah sebab benda tak sengaja terus disingkirkan. Emosi adalah sebahagian daripada sifat manusia dan atlet.

Namun Djokovic menerima hukuman itu dengan terbuka.