Datuk Lee Chong Wei benar benar gembira apabila Malaysia akhirnya memiliki juara dunia dalam sukan badminton.
Lee Chong Wei ternyata berpuas hati akhirnya Aaron Chia dan Soh Wooi Yik akhirnya memperbetulkan sejarah selayaknya untuk negara yang memiliki sejarah panjang dalam sukan badminton.
Sedangkan negara seperti Sweden, Amerika Syarikat dan Singapura pun sudah memiliki juara dunia dalam badminton.
Aeron Chia dan Soh Wooi Yik akhirnya menamatkan penantian 45 tahun Malaysia dalam kejohanan dunia.
Menjadi juara dunia pertama dari Malaysia selepas menewaskan salah satu pasangan paling berjaya dalam kejohanan dunia iaitu Mohamad Ahsan dan Hendra Setiawan dalam pertarungan straight set.
Dalam status di Facebook miliknya, Datuk Lee Chong Wei berkata:
“Sejak tahun 1977, Malaysia telahpun beberapa kali nyaris – nyaris merangkul emas tetapi tidak kesampaian. Peliknya, 11 negara sudahpun digelar juara tetapi bukan Malaysia.”
“Percaya tak Sweden, USA dan Singapura dah pernah juara, tapi bukan negara kita.”
Tapi hari ini, sejarah telahpun diperbetulkan Aaron Chia, Soh Wooi Yi [yang]mempamerkan aksi yang menjadi kebanggaan rakyat Malaysia. Terima kasih
“Malaysia, kita juara!”
“Terima kasih Aaron/Soh, hadiah hari kebangsaan Malaysia yang sangat baik.”
Seterusnya Datuk Lee Chong Wei sempat berkongsi sedikit telatah dia dan anakn anaknya.
“Semasa tengok penyampaian hadiah dan lagu Negaraku, saya facetime dengan 2 orang anak saya untuk berkongsi detik sejarah ini. Diorang tengok jugak game ini.”
“Say : Kingston Terrance, training la betul betul. Satu hari nanti harap korang pon boleh naik pentas gak.”
“Kingston: Betul, Kita main beregu. Haha, Papa kurang pandai. ,[Sebab tu dia] Tak pilih main beregu.”
“Saya mula melangkah ke satu sudut bilik … bilik yang kegelapan… ( siot budak ini ).”
“Selepas keluar dari bilik gelap …
Saya [berkata]: Anak, ada apa apa soalan pasal game ni ? Tak faham tanya, papa boleh ajar.”
“Terrance : Papa, kenapa yang servis kena tunjuk signal tangan.”
“Saya : Oh itu tunjuk mana nak servis bola tu . Dan juga apa strategi ‘first 3 shots’.”
“Kingston : Saya pun ada soalan. Esok cuti tak?”
“Saya : …… ( siot budak ini .. hampir hampir [saya] mau tanya Mew Choo betul ke dia anak aku …).”
“Apa apa pun, Tahniah Malaysia ! Tahniah Soh Wooi Yik ! Tahniah Aaron 🇲🇾🇲🇾🇲🇾.”