DNA Taktikal: Blind Side, Satu Ruang Digunakan Robbie Keane Menyiat Nyiat Mangsanya

Manusia memiliki sudut pandangan yang terhad di antara 180-200 darjah. Titik yang tidak terjangkau oleh pandangan itu disebut titik buta. Dalam bola sepak pun ada blind side tau.

Satu konsep yang merujuk kepada ruang yang tidak terjangkau oleh pandangan pemain. Kami gelar ia sisi buta untuk membezakannya dengan titik buta (blind spot) dalam konteks bola sepak.

Dalam satu temu ramah dengan wartawan, Louis Van Gaal memberitahu agar pemain-pemain beliau sentiasa melakukan gerakan/larian kontra.

Van Gaal menegaskan bahawa blind side adalah pembunuh senyap yang pemain tak tahu mereka akan menjadi mangsa.

Beliau berkata :

“Dia harus berlari secara kontra (bertentangan) tetapi bukan di hadapan pihak lawan. Ini kerana, jika dia berlari di hadapan pihak lawan, mereka akan mengesan garis hantaran (passing line), bola dan juga pemain tersebut.”

“Jadi, anda harus melakukan larian kontra itu di belakang mereka, jadi, mereka tidak akan melihat anda, garisan hantaran. Jadi, sangat penting aspek kontra dalam bola sepak.”

Penjelasan Van Gaal ini merujuk kepada satu gerakan di sisi buta pemain lawan.

Van Gaal sangat tekankan aspek blind side

Apa yang dimaksudkan dengan larian kontra oleh Van Gaal? Lihat contoh di bawah. Wujud satu sisi buta (blind side) dan pemain berlari bertentang dengan arah larian atau gerakan pressing pasukan lawan.

Dalam gambar di bawah ini, anda melihat pemain berlari di belakang pemain pertahanan. Dia telah berlari ke blind side pemain  tersebut.

Bola dihantar ke sana, dengan pemain lawan tak sedar apa yang dilakukan rakannya. Ada pemain melakukan track back di sini. Namun motif utama mereka adalah masuk ke  kawasan belakang pertahanan tengah.

Lihat bagaimana Busquets melakukan hantaran ke titik buta pemain lawan di sini dengan killer pass.

Ruang Robbie Keane menghapuskan mangsanya

Ingat akan nama Robbie Keane. Pemain yang kerap disebut pakar dalam memanipulasi pertahanan dalam kedudukan di sebelah bahu (shoulder) mereka. Ianya disebut sebagai gerakan dan posisi ketika di sisi buta.

Untuk seorang penyerang, cabaran untuk memanipulasi blind side ini juga melibatkan kebijaksanaan mereka dalam mengatasi garisan pertahanan akhir untuk mengelakkan ofsaid.

Anda boleh lihat penjelasan dalam video ini:

Anda pastinya kerap melihat tipikal hantaran seperti ini dalam bola sepak. Robbie Keane sangat pakar dalam melakukan larian ke blind side pertahanan. Dan kena bijak mengelak ofsaid.

 

Mengurangkan ancaman dari blind side

Banyak pasukan menekankan isu ini. Lihat corak pertahanan Luka Modric yang memberikan false space. Ia dianggap ruang blind side oleh pihak lawan. Sebenarnya tidak, ada pemain yang mempertahankan ruang itu.

Ia dipanggil blind side pressing. Dilakukan dengan memberikan tumpuan kepada kawalan ruang secara visi.

Rumusan

Ia adalah satu ruang yang sangat bahaya dalam bola sepak kerana pemain pertahanan sukar untuk melihat potensi ancaman dan mengambil masa untuk menukar posisi.

Oleh sebab itu, ada coach mengingatkan pemain mereka agar tak ‘mendedahkan’ nombor mereka kepada pemain serangan.

Ia sebenarya satu konteks di mana, apabila penyerang melihat nombor anda dengan jelas bermaksud anda tak dapat melihat dia langsung.

Ini contoh lama, Joe Gomez vs Alexis Sanchez – masa Sanchez tengah power menjadi pemangsa.

Sebagai pertahanan jangan bagi penyerang lawan tengok nombor anda. Ia bukan sebab tak nak dedahkan kau pakai nombor apa.

Tetapi ia adalah basic rule yang menyatakan anda hilang vision/pandangan kepada pemain lawan dan anda akan dimanipulasi.

Sanchez pun boleh manpulasi keadaan yang sebenarnya cross tu tak tepat dan ia dah berada lebih rendah.

Sanchez attack the space dalam keadaan Gomez have no idea ada pemain di belakang dia.

 

Bayangkan anda berhadapan dengan big CF macam Ibrahimovic dan dia tengok nombor anda.

Sebab itu kena selalu shoulder check. Diingatkan! Banyakkan scanning dan shoulder check!

Penganalisis termuka Judah Davis menyatakan:

“Adakah ada potensi untuk mencipta kombinasi taktikal yang tidak ada blind side?”

“Secara teknikal, jawapannya tidak! Ini kerana secara semulajadi sudut pandangan manusia adalah terhad.”

Oleh itu, perancangan taktikal yang mengambil kira sisi buta ini sangat penting, terutama sekali ketika bertahan.

Inilah sebab kenapa pemain bervisi tinggi seperti Ozil, Iniesta, Mata, Modric dan Silva dengan cepat mencetuskan ancaman daripada hantaran lolos mereka.

Seperti biasa, banyakkan latihan berpasukan dan tingkatkan keupayaan teknikal. Praktis dan praktik!

Baca yang lain