Defensive midfielder atau pemain tengah defensif/pertahanan adalah antara posisi yang sangat penting dalam sesebuah pasukan. Ianya juga disebut posisi no.6.
Namun kalau korang jenis yang nak cari perhatian lebih daripada peminat atau awek, posisi ini bukan untuk korang.
Posisi inilah yang paling akhir orang akan bagi penghargaan.
Frasa defensif adalah translasi langsung daripada defensive dalam bahasa Inggeris, merujuk kepada sifat yang lebih bertahan.
Memiliki pemain tengah defensif yang terbaik adalah antara keutamaan bagi ramai pengurus dan jurulatih bola sepak di seluruh dunia.
Peranan utama anda mereka adalah untuk bermain di hadapan garisan pertahanan dan cuba untuk melindungi garisan tersebut.
Berikut adalah penerangan tetang posisi ini.
Apakah Tugas Pemain Tengah Defensif (defensive midfielder)?
Istilah defensive itu sendiri merujuk kepada sifat mereka yang lebih kepada bertahan.
Defensive midfielder adalah pemain yang akan melindungi barisan pertahanan ketika diserang. Mereka akan cuba untuk mematahkan ancaman lebih awal dengan cara; membaca serangan pihak lawan, memintas hantaran, Dan jika gagal memintas, mereka akan cuba membentes lawan.
Oleh itu, seorang defensive midfielder perlu:
- Pandai membaca taktikal pihak lawan dan
- menguasai sentuhan pertama yang berkesan untuk mengalihkan bola daripada tekanan pihak lawan
Selain itu defensive midfielder juga bertanggungjawab untuk mencipta ruang (creating space) kepada pemain serangan ketika dalam proses transisi daripada bertahan kepada menyerang.
Mereka perlu ada komunikasi dan perhubungan yang berkesan dengan pemain-pemain di sektitar beliau ketika di dalam padang.
Apakah kriteria yang perlu ada dalam seorang defensive midfielder
Mempunyai kecerdasan taktikal (tactical awarness) yang tinggi. Ini kerana mereka terlibat dalam bertahan, menyerang dan juga ketika transisi serangan ke bertahan dan juga daripada fasa bertahan ke serangan.
Mampu melindungi pemain pertahanan sama ada secara taktikal (pintasan hantaran) dan teknikal (bentesan).
Kemampuan mengawal, melindungi, menghantar dan menerima bola menggunakan pelbagai jenis anggota badan (selain tangan). Bukan sahaja dengan kaki.
Dari segi posisi mereka perlulah ada kemampuan untuk mengawal garisan di hadapan pertahanan dengan bijak dan efektif.
Memiliki kualiti hantaran akhir yang baik membolehkan mereka menjadi perancang dari bahagian bawah yang berkesan. Ia adalah kualiti tambahan sangat bernilai untuk dimiliki. Ini kerana sifatnya yang menjadi pivot kepada taktikal dan formasi pasukan.
Dari segi visi, mereka hendaklah adad awareness (kesedaran) yang tinggi di mana ruang, rakan sepasukan dan pemain lawan berada.
Ramai jurulatih di dunia menjadikan defensive midfielder sebagai penentu atau asas kepada taktikal dan formasi ketika bertahan mahupun menyerang.
Perlu ada work rate (kerajinan) yang tinggi di atas padang dan mengutamakan pasukan (team player). Ini bukan posisi yang sesuai untuk pemain yang individualistik.
Apakah ciri-ciri fizikal yang sesuai untuk bermain defensive midfielder
Kebiasaannya, saiz bukan masalah utama. Ramai jurulatih selesa dengan defensive midfielder yang berpusat graviti rendah berbanding dengan pemain yang tinggi dan besar.
Ini kerana mereka perlu lebih tangkas daripada bek tengah ketika berada di dalam padang.
Aspek yang paling penting adalah kecergasan fizikal dan stamina yang optimum. Ini kerana mereka posisi ini banyak terlibat dengan transisi taktikal.
Secara tidak langsung mereka antara pemain yang paling banyak berlari di dalam padang. Mereka juga perlu aktif dalam transisi pasukan termasuk melakukan tugas tugas pertahanan seperti membentes dan memintas bola.
Fabinho di Liverpool antara contoh yang baik. Seorang pemain yang cerdas secara taktikal dan cergas secara fizikal.
Kegagalan untuk mengekalkan tahap fizikal dan stamina di paras optimum membuatkan mereka berisiko hilang karier lebih awal.
Seboleh-bolehnya seorang defensive midfielder hendaklah berupaya menggunakan kedua-dua belah kaki dan pelbagai anggota badan mereka dalam permainan.
Terutamanya untuk melakukan aksi bertahan dan juga menerima bola.
Pada hari ini ramai DM dijadikan half back untuk membentuk binaan serangan daripada bawah. Jadi, salah satu syarat DM ataupun no.6 yang ekslusif adalah kemampuan untuk melakukan hantaran yang baik.
Selain itu, seseorang yang bermain posisi ini perlu ada ketangkasan dan juga kecerdasan mental.
Contohnya N’golo Kante yang walaupun agak rendah ketinggiannya, sentiasa melihat untuk memenangi bola kedua (second balls) berbanding bola di udara.
Kesimpulan
Jelas ia bukan satu posisi yang mudah untuk dimainkan. Pemahaman ke atas keperluan posisi ini secara teknikal dan taktikal oleh jurulatih sejak di peringkat usia awal.
Ia amat penting untuk membantu pembangunan pemain-pemain muda untuk menjadi produk yang baik di masa hadapan.
Dalam bola sepak, ada bermacam-macam jenis dan karakter defensive midfielder. Ada yang jenis anchor, regista, deep-lying playmaker, destroyer, anchor mahupun half-back.
Ada yang jenis keras ada yang jenis destroyer.
Apa sahaja jenis mereka, tugasan mereka ketika pasukannya kehilangan bola adalah merampas bola dan mematikan ancaman lawan secepat mungkin.
Sebaik bola berjaya dirampas, mereka perlu cepat-cepat melancarkan transisi bertahan ke serangan.
Defensive midfielder adalah antara posisi yang paling dikehendaki dalam bola sepak global kerana kepentingannya di dalam organisasi pasukan.
Namun harus diingat ia adalah posisi yang paling tak popular serta dihargai dan kerap digelar wira tak didendang.
Tugas kau, tag atau share artikel ni di wall dan tag kawan anda yang bermain DM tanda kau menghargai mereka. Bukan selalu orang ingat mereka.