Arsene Wenger akhirnya membuka mulut beliau tentang situasi Mesut Ozil. Dan beliau juga seperti sebahagian peminat Arsenal yang lain, kecewa melihat Ozil tidak diturunkan.
Bekas perancang antarabangsa Jerman itu menjadi pemain yang banyak bermain dalam beberapa perlawanan pertama Arteta mengambil alih.
Lantas ramai yang menganggap Arteta telah menyelamatkan Ozil daripada dibekukan di bangku simpanan seperti yang dilakukan Unai Emery.
Unai Emery mendapat kritikan hebat kerana secara terbuka menyatakan Ozil bukan pilihan utamanya berdasarkan cara permainan Arsenal yang beliau mahu bentuk.
Namun selepas liga bersambung, Ozil masih tidak beraksi sebarang perlawanan untuk Arsenal.
Ozil antara pemain yang tidak mahu menerima pemotongan gaji 12.5%. Dan pada bulan lepas dia mengejutkan dunia dengan mengkritik secara terbuka Arsenal.
Ozil lantang dan terus disisih
Beliau menyatakan seolah olah ada orang dalam Arsenal yang ada agenda peribadi ke atasnya. Kerana menurut Ozil, bukan beliau sahaja yang menolak untuk dipotong gaji. Tetapi kenapa nama dia sahaja yang digariskan.
Ozil juga menegaskan beliau tidak mahu dipotong gaji kerana tidak mendapat penjelasan yang terperinci ke mana wang mereka akan pergi.
Ozil menyatakan dia sedih melihat ramai staf diberhentikan. Sedangkan sebelum ini Arsenal menyatakan mereka memotong gaji pemain untuk membayar gaji staf bukan pemain.
Terbaru Ozil bersimpati dengan nasib Gunnersaurus yang diberhentikan perkhidmatan.
Pemain 32 tahun itu mahu membayar gaji maskot itu.
Ozil sudah menyatakan dia seorang yang tak suka memendam perkara yang dia tak setuju.
Adakah itu antara sebab pemain itu dibekukan? Itu cuma andaian sahaja.
Tetapi faktanya, Ozil memang tidak bermain langsung sejak Mac.
Perancang berbakat berdarah Turki itu dianggap antara playmaker terbaik dalam generasinya. Lebih pedih nama Ozil dikeluarkan daripada senarai pasukan A Liga Europa.
Wenger: Kena tau cara pakai Ozil
Keadaan yang menimpa Ozil membuatkan Wenger sedih dan berkongsi pandangannya dari sudut taktikal.
Arsene Wenger's advice to Mikel Arteta on Arsenal outcast Mesut Ozilhttps://t.co/7Ms4wauFEL pic.twitter.com/OLygK4o5eB
— Mirror Football (@MirrorFootball) October 10, 2020
Wenger adalah pengurus yang berjaya meyakinkan bosnya dulu untuk membeli Ozil dengan nilai £42.5 juta pada deadline day – 7 tahun yang lalu.
Wenger mengakui untuk mengeluarkan yang terbaik daripada Ozil bukan mudah. Ianya memerlukan beliau banyak berfikir dan mengkaji.
Ini kerana gaya permainan Ozil yang dianggap malas itu sebenarnya sangat efisien kalau tahu cara menggunakan beliau.
Bercakap kepada Der Spiegel, Wenger berkata:
“Ozil memang bukan pemain yang sangat berdisiplin [secara taktikal terutama ketika bertahan] di atas padang.”
“Dan gaya permainan untuk memenangi bola [dengan high press] adalah bukan Forte [kekuatan] utama beliau.”
“Namun kamu boleh menyelesaikan perkara itu dengan meletakkan pemain tambahan yang bermain dengan corak defensif untuk menyokong bahagian sebelah dia [Ozil].”
“Isu yang paling penting untuk mengimbangi serangan dan ketika bertahan, kestabilan itu haruslah betul.”
Wenger on Ozil to @derspiegel: “He wasn't exactly the one with the greatest discipline on the pitch. And playing the game without the ball wasn’t exactly his forte. But you can deal with that if you put some more defensively minded players by his side." pic.twitter.com/z8pQaSFXyc
— Chris Wheatley (@ChrisWheatley_) October 10, 2020
“Ianya bukan satu kebetulan pemain perancang macam Ozil sangat tenang apabila ada bola di kakinya. Mereka adalah pemain yang mencerna lebih banyak informasi berbanding pemain lain sebelum mengambil langkah seterusnya dalam permainan.”
“Segalanya [proses] sudah dilakukannya sebelum dia menerima bola. Dia adalah pemain yang sudah melihat cara untuk membantu kami menang.”
Berdasarkan kenyataan Wenger ini, adakah dengan adanya Thomas Partey akan membantu beliau menggunakan Ozil selepas ini? Ini kerana sebelum ini cuma ada Xhaka sahaja pemain tengah yang benar benar defensive minded dan kerap digunakan Arteta.
Atau adakah Arsenal akan terus menyisihkan Ozil dan sanggup membayar £350,000 untuk Ox terus duduk di bangku simpanan.