DNA Taktikal: Kisah Guardiola Akhirnya Membawa False Fullback Ke EPL

Pep Guardiola akhirnya membawa masuk False Fullback ke England. Ia adalah modifikasi peranan fullback dalam juego di posicion pada Oktober 2016 ketika perlawanan pertamanya dalam EPL berdepan Sunderland.

Sistem ini beliau sudah gunakan di Bayern Munich dan ianya sangat efektif.

Apa Itu False Fullback?

Ia juga dikenali dengan inverted fullback. Satu sistem dinamik meletakkan fullback di zon center half dengan menyempitkan posisi mereka ke half-space.

Ia disebut false 2 and false 3.

False fullback di bahagian tengah padang seperti posisi CDM. Mereka ditarik masuk ke dalam.

Kenapa False Fullback?

Ia adalah inovasi untuk memastikan pertahanan sentiasa berada di kawasan narrowed dan membiarkan pihak lawan lebih occupy wide area.

Selain itu, ia membolehkan City mewujudkan situasi 1 v 1 di final third dengan meletakkan 5 pemain di frontline.

Dari sudut defensive untuk mengatasi lawan yang suka melakukan cut inside move ke half space.

Peranan DM sangat penting dalam sistem ini.

Pengurusan Team Width

Dalam pengurusan moden sebelum ini, fullback adalah pembekal width kepada pasukan manakala winger kerap diarahkan masuk ke half space.

Antara contoh adalah sistem Koeman di Everton.

Sistem false fullback pula, width akan dibekalkan oleh winger.

Jika korang ingat, ada satu aksi Man City berdepan dengan Arsenal ianya adalah contoh paling padu false fullback beroperasi.

Di mana dalam perlawanan tersebut Kyle Walker ditarik ke CB ketiga.

Mendy berada di posisi seperti CM di dalam padang,

Kelahiran Semula Formasi Taktikal Kuno

Half space akan diisi oleh AMF yang mirip sistem Inside forward 2-3-5 klasik.

Memang ia agak mirip.

False fullback akan menjadi holding midfielder. Mereka juga boleh membantu overload final third.

Macamana Deal Dengan Counter Attack?

Ketika diserang balas, ia akan mengecilkan ruang di defensive 5 atau defensive 4 players.

Ia juga memudahkan mereka overload bahagian tengah defensive third dengan segera.

Isu yang kerap berlaku

Kelemahan sistem ini adalah, ia memerlukan 10 pemain sentiasa dalam unit yang stabil.

Sebarang disjointed akan menyukarkan mereka.

Oleh sebab itu tidak setiap perlawanan Pep Guardiola menggunakan pendekatan ini.

Malah pada musim 2019/20, boleh dikatakan lebih 90% aksi Man City tidak bermain dengan false fullback.

Mereka hanya bermain dengan offensive fullback. Ini kerana Kyle Walker bukan false fullback yang bagus dan mereka cuma ada Mendy yang efektif bermain sistem ini.

Mende kau ni?

Seperti dijelaskan di atas, Kyle Walker kerap dijadikan CB ketiga apabila transisi dengan formasi false fullback ini. Banyak kerja nak buat tu.