Masih ingatkah anda tentang pemain muda Vietnam, Doan Van Hau yang mendapat tempat di Eropah bersama kelab Belanda, Heerenveen.
Kejutan berlaku apabila kelab tersebut tiba-tiba berminat dengan pemain dari Asia Tenggara.
Pada 23 Jun lepas, Van Hau telah melakukan latihan terakhir bersama Heerenveen kerana liga Belanda telah ditamatkan lebih awal akibat pandemik.
Kontrak Van Hau akan tamat pada hujung bulan ini namun kelabnya -Hanoi FC- masih belum menerima apa-apa tawaran baharu dari Heerenveen.
Kemungkinan besar Heerenveen tidak akan melanjutkan kontrak pinjaman atau secara kekal bagi mengekalkan Van Hau di sana.
Pada masa ini Heerenveen baru sahaja membawa masuk seorang pemain muda berbakat besar ke dalam skuad mereka.
Jeffrey Theunisse dari Twente.
Pemain ini bermain di posisi pertahanan tengah iaitu posisi sama dengan Van Hau. Van Hau sebelum ini juga pernah diuji di posisi sayap kiri.
Kemasukkan Jeffrey memberi isyarat Heerenveen telah mengambil pelan lain, menunjukkan mereka mengalihkan perhatian dari Van Hau dan melabur dengan bakat lain di unit pertahanannya.
Menurut laporan di Vietnam, Heerenveen sebenarnya masih mahu melabur dengan bakat Van Hau, tetapi berbanding pemain eropah, Van Hau mempunyai banyak batasan.
Pertama, pemain eropah lebih mudah diurus kerana faktor goegrafi dan mereka sudah biasa dengan proses itu.
Kedua, jika kedua-dua pemain tersebut mempunyai potensi yang sama, kejayaan pemain eropah lebih cerah berbanding pemain dari Vietnam.
Isu ketiga melibatkan undang-undang.
Heerenveen perlu mengeluarkan belanja yang lebih tinggi untuk proses pembangunan Van Hau sementara urusan dan gaji bakat muda di eropah jauh lebih mudah dan menjadi lebih murah.
Ye la kan, nak bayar itu ini, ejen, proses pergerakan dan sebagainnya.
Dilaporkan masalah kewangan menjadi faktor utama menyebabkan Heerenveen sukar untuk membuat tawaran rasmi kepada Hanoi FC.
Bagaimanapun Van Hau tidak perlu risau atau kesal jika tidak lagi mendapat peluang untuk mengembangkan bakatnya di eropah.
Pada usia 21 tahun, dia mempunyai banyak lagi peluang.
Van Hau terus boleh bermain bersama kelab besar Vietnam, Hanoi FC di V-league sebagai pemain utama.
Liga itu masih mampu memberi persekitaran yang baik untuk Van Hau mengembangkan bakatnya.
Pada musim ini Heerenveen menamatkan kempen Eredivisie di tangga ke-10 selepas 26 perlawanan. Merekod 8 menang, 9 seri dan 9 kalah sebelum liga ditamatkan.
Van Hau tidak muncul dalam sebarang perlawanan liga tetapi bermain 1 penampilan di pertandingan Piala.
Walaupun kurang mendapat tempat di kelab, dia merupakan pemain pertahanan tengah utama skuad kebangsaan Vietnam sepanjang musim 2019.
Sementara itu, kelab asalnya di Vietnam, Hanoi FC sedang berada di tangga ke-3 dibelakang pasukan Song Lam Nghe An dan Ho Chi Minh.
Hanoi FC merupakan kelab yang mempunyai projek besar dan Ho Chi Minh pada lewat ini dilihat mula memberi saingan kepadanya.