Merisaukan! Doktor Belgium Dedah Realiti Kecederaan Hazard Kini Memasuki Fasa Kronik Dan Berulang

Satu perkara yang merisaukan tentang Eden Hazard adalah kecederaan beliau yang semakin kerap. Lebih menakutkan apabila doktor pasukan kebangsaan Belgium, Kristof Sas menyatakan bahawa kecederaan Hazard kini boleh dikira kronik dan berpotensi besar untuk berulang ulang.

Diagnosis itu pastinya berita yang kurang enak untuk peminat Real Madrid yang sebelum ini berharap Hazard akan menjadi bintang utama pasukan selepas pemergian Cristiano Ronaldo.

Minggu ini Hazard menderita satu lagi kecederaan. Kali ini di bahagian pahanya. Difahamkan Hazard akan tersisih selama enam minggu. Real mengesahkan bahawa otot paha kirinya cedera ketika sesi latihan.

Hazard yang sudah dibayar £90 juta dengan £30 juta lagi bakal menyusul sebagai bonus – beliau masih gagal memahatkan kariernya dengan stabil di Real Madrid sejak menyertai mereka pada 2019.

Dr Kristof Sas menegaskan bahawa situasi kecergasan Hazard sekarang sangat berbeza dengan sebelum ini. Dan pihak mereka masih menunggu butiran lengkap daripada kecederaan terbaru pemain itu.

“Kita masih menunggu laporan penuh, dan sudah tentunya kita risau. Kita mungkin tak risau kecederaannya akan mempengaruhi Euro, tetapi untuk Eden Hazard, ianya berbeza.”

“Ianya adalah satu lagi kecederaan berulang, situasi kronik sentiasa memberikan kesan yang buruk pada akhirnya. Pertamanya kecederaan di buku lali, kemudian kecederaan otot. Ianya sangat merimaskan untuk kita dengar.”

“Eden sekarang ini terperangkap dalam ‘vicious circle’ [kitaran masalah baharu yang mewujudkan masalah lain] dan tidak mudah untuk dia keluar daripadanya. Ianya sangat mengganggu apabila berlaku melibatkan otot.”

“Pemain bola sepak sememangnya akan terkena sepakan, berputar, melompat, kesemua itu berlaku pada kadar pantas. Dan sudah tentunya lagi sukar ketika rehabilitasi.”

“Hazard perlukan momentum dan kesinambungan. Situasinya bukanlah dramatik untuk kita, tetapi dia kena keluar segera daripada jalan mati itu.”

Hazard sebelum ini sudah mengalami pelbagai siri kecederaan sejak menyertai Real Madrid termasuk terkena jangkitan C0V-19.

Selepas pulih daripada virus itu, Hazard hanya cergas 10 hari dan cedera balik di bahagian hamstring. Hazard berehat 6 minggu untuk memulakan aksinya bersama Real Madrid menentang Osasuna pada 9 Januari.

Buat masa ini, sejak menyertai Real Madrid, Hazard sudah mengalami 10 siri kecederaan dan sakit.

Semoga Hazard mampu bangkit daripada fasa ngeri dalam kariernya.

Baca yang lain

Bayern Munich Mahu Unai Emery

Pengurus Aston Villa, Unai Emery kini berada dalam radar Bayern Munich. Bekas pengendali PSG dan pemenang beberapa trofi UEL itu menunjukkan hasil