Doktor Gigi Naik Hooverboard Sebab Nak ‘Famous’ Di Media Sosial, Dipenjara 12 Tahun Atas 46 Pertuduhan

Seorang doktor gigi di Alaska, telah dijatuhi hukuman penjara 12 tahun kerana merawat pesakit yang separa sedar dengan menaiki hoverboard.

Ini kerana, dalam prosedur perubatan, rawatan tersebut seharusnya dilakukan dengan sangat berhati hati dan tekun.

Namun tidak pasti apa yang sedang difikirkan doktor tersebut. Adakah dia merasakan benda itu cool ataupun boleh bagi dia populariti di media sosial?

Memang dia melakukannya untuk menunjuk nunjuk di media sosial. Di mana dia meminta pembantunya di klinik merakamkan aksinya tanpa persetujuan para pesakit.

Dia sanggup mengabaikan risiko yang bakal dihadapi kerana sikap tidak profesionalannya.

Seth Lockhart dirakam sedang mencabut gigi pesakitnya yang bernama Veronica Wihelm sambil menaiki hoverboard.

Video itu menjadi viral di media sosiak dengan Lockhart menunjukkan kemahirannya bermain hooverboard dengan berpusing pusing dengannya.

Sedangkan dia sedang menjalani prosedur rawatan berisiko tinggi kepada para pesakitnya.

Lockhart dihukum berat

Lockhart berdepan dengan 46 pertuduhan salah laku serius dan juga salah laku kecil di Anchorage Superior Court.

Ketika pertuduhan dibacakan, pesakit di dalam video itu, Veronica mengakui dia tidak memberikan sebarang persetujuan kepada doktor itu untuk dirakam.

Veronica juga tidak memberikan persetujuan dan tidak tahu yang doktor itu menaiki hooverboard ketika mencabut giginya.

Veronica berkata: “Kalau saya tahu, sudah tentu saya akan katakan, sama sekali tidak! Itu sangat tak profesional dan gila.”

Bukan itu sahaja, Lockhart juga telah disabitkan dengan kesalahan penipuan wang. Lebih teruk, kerana mahukan wang haram masuk ke poketnya, Lockhart sanggup membius pesakit walaupun keadaan tidak memerlukan dia berbuat demikian.

Hal ini kerana Lockhart mahu membuat klaim daripada Medicaid untuk bayaran prosedur tersebut.

Hakim yang mengadili perbicaraan itu, Michael Wolverton berkata:

“Lockhart hampir membunuh ramai pesakit dengan melakukan anestesia ribuan kali tanpa latihan atau persetujuan, merawat pesakit di luar ruang skop latihan dan kepakarannya, sambil mencuri wang dari Medicaid dan penggelapan wang daripada majikannya, “kata Hakim hukuman Michael Wolverton dalam perbicaraan.

Lookhart juga didakwa dengan penipuan ke atas  bantuan perubatan. Ini selepas dia membuat tuntutan dari Medicaid untuk prosedur yang tidak wajar atau tidak dibenarkan dengan betul.

Kes itu melibatkan pencurian $25,000 atau lebih dengan mengalihkan dana dari Alaska Dental Arts dan beberapa dana yang lain.

Laporan menyatakan, Lookhart memulakan latihan doktor gigi di Alaska Dental Arts pada tahun 2015.

Pada tahun 2017, kegiatan berbahaya dia telah dikantoikan oleh seorang bekas pekerja yang memberitahu polis bagaimana dia menjana wang dengan melakukan prosedur bius kepada pesakit yang tidak perlu.

Baca yang lain