Doktor Ini Kena Sound Dengan Orang Yang Nak Minta Kerja Dengannya

Seorang doktor telah mengiklankan jawatan kerja kosong di Facebook. Kerana dia perlu mencari penjaga menu untuk warga emas dan OKU.

Ini kerana pekerja sebelum ini sudah meletak jawatan selepas berkahwin.

Kemudian seorang pencari kerja telah menghantar mesej kepadanya dan meminta doktor itu WhatsApp dia. Doktor itu kehairanan kerana sekarang ini orang itu yang nak cari kerja kenapa dia perlu wassap?

“Kenapa aku perlu WhatsApp kau?” tanya sang doktor.

Perbualan tersebut menjadi semakin janggal apabila pencari kerja itu mulai membalas dengan agresif: “Ada aku kisah kalau kau tak wassap pun.”

Doktor itu kemudian membalas: “Kau yang nak kerja, tapi minta bakal majikan wassap kau ke? Dahsyat mentaliti kau ni.”

Kemudian pencari kerja itu menuduh mentaliti doktor itu sebagai mundur. Dan akhirnya doktor itu pun menamatkan perbualan dengan berkata: “Dah tentu! Selamat berbahagia.”

Akhirnya pencari kerja itu memaki hamun doktor tersebut: “Sapa nak kerja dengan kau kalau majikan pun tak ada adab. Doktor gila. Bukan aku kebulur pun nak kerja dengan kau.”

Perbualan itu dikongsikan di facebook dengan kapsyen: “Korang ingat mudah jadi majikan? Semua ni nak kena hadap tau… Mentaliti ‘entitled’ yang semakin menebal dalam jiwa orang2 kita!”

Netizen memberikan komen tentang senario dan cabaran dunia pekerjaan hari ini. Di mana generasi pada hari ini semakin hilang adab.

Ada juga yang berkongsi pengalaman di mana calon temuduga mahukan jadual kerja ikut tekak dia.

Sumber: FB Muhammad Shukri