Doktor Menjelaskan Leg Kick Poirier Memang ‘Membunuh’ Kaki McGregor Sampai Terpaksa Bertongkat

Dustin Poirier berjaya memastikan rancangan permainannya berjalan dengan sempurna untuk mengalahkan Conor McGregor di UFC 257.

McGregor selepas tamat pertarungan memuji tendangan ke kaki oleh Dustin Poirier yang menurutnya telah membunuh dan mematikan kakinya.

Seorang doktor telah menjelaskan apa sebenarnya kesan tendangan ke arah kaki / leg kick ke atas petarung legenda dari Ireland itu.

Kekalahan McGregor pada Sabtu  lalu adalah kali pertama dia dikalahkan dengan TKO di acara MMA, dengan empat kekalahan sebelumnya semuanya datang dengan submission.

Ia adalah persembahan yang luar biasa oleh Poirier, yang menamatkan pertarungan di pertengahan babak kedua dengan pukulan yang menggegarkan lawannya dan membuatkan McGregor tidak dapat mempertahankan diri.

Walaupun tangan Poirier yang mengakhiri semuanya, tendangan kaki oleh The Diamond-lah yang sebenarnya menjadi punca kepada segalanya.

Poirier memulakan serangan sepakan ke kaki, dengan McGregor tidak dapat menyerap impak sepakan tersebut dengan betul. Kakinya ‘maati’ dan tidak tidak dapat bergerak dengan baik.

Doktor Brian Sutterer selalu bercerita tentang kecederaan dalam sukan menerusi  saluran YouTubenya dan kecederaan kaki McGregor adalah subjek yang terbaru dalam konten beliau.

“Sebaik sahaja dia menurunkan beban badannya ke kaki kanan itu, dia merasa tidak selesa,” jelas doktor.

“[Sepakan kaki Poirier] bersentuhan tepat pada aspek lateral bahagian bawah kaki McGregor – dan ini berhampiran bahagian luar betis.”

“Bahkan dengan segera kita dapat melihat McGregor mengalami kesakitan di sini, mengalami kesukaran untuk meletakkan berat pada kaki itu. Dan ianya terkumpul sepanjang pertarungan, jadi pada akhirnya, kaki McGregor pada dasarnya kalah. ”

“Tendangan di kawasan ini secara khusus mensasarkan sesuatu yang kita sebut saraf fibular biasa … saraf yang membekalkan kawalan otot ke bahagian kaki bawah,

“Perhatikan tepat di mana kaki Poirier bersentuhan dengan McGregor, tepat di bawah lututnya.”

“Di sinilah petarung UFC ini berusaha menyerang untuk mendapatkan tendanganke betis yang sangat berkesan ini.”

“Saraf berwarna hijau [dalam video] adalah saraf ada pada kaki kita dengan serat yang biasa, dan yang penting adalah betapa terdedahnya serat tersebut kepada ancaman luar, kerana sangat dekat dengan kulit.”

“Banyak saraf besar yang lain di dalam badan kita berada di bawah kulit atau di bawah otot, dan ia terlindung dengan baik. Tetapi saraf ini khususnya sangat dekat dengan permukaan dan sangat terdedah kepada kesakitan seperti ini dan mudah tercedera.”

Poirier ‘membunuh’ kaki McGregor, bekas juara dua kelas berat, Dan beliau berkata bahawa kakinya ‘mati’ dalam beberapa ketika. McGregor meninggalkan bangunan tersebut dengan bertongkat.

McGregor sempat berseloroh dengan Poirier selepas tamat pertarungan dengan menyatakan: “Kau dah patahkan kaki aku dasar basta*d. Bagus, hebat sekali.”


 

Perkembangan berkaitan: McGregor Tewas dengan TKO buat pertama kali

Sejarah indah dicatatkan  oleh petarung UFC dari Amerika Syarikat, Dustin Poirier, pada acara UFC 257. Selain berjaya membalas dendam kekalahannya, Poirier juga menjadi petarung pertama yang menewaskan Conor McGregor di octagon dengan KO teknikal.

Poirier berjaya memenangi pertarungan kelas ringan melawan Conor McGregor di UFC 257 yang berlangsung di Etihad Arena, Abu Dhabi UAE.

Pertarungan, yang hanya berlangsung selama 2 minit 32 saat, cukup pendek, tetapi sangat sengit. Pada awal pertarungan, McGregor sebenarnya telah memulakan aksi dengan baik.

Namun, Poirier berjaya bangkit dan menewaskan pertarung tersebut dengan beberapa siri right hook

Poirier melancarkan beberapa siri tendangan yang kuat ke atas The Notorious.

McGregor cuba melakukan serangan balas, tetapi Poirier pula bertahan dengan cukup kemas. Petarung dari Amerika itu terbukti berjaya menewaskan McGregor pada pusingan pertama.

Pada pusingan kedua, McGregor masuk dengan agresif. Petarung Ireland menyerang Poirier dengan tendangan keras dan tumbukannya.

Tetapi Poirier tetap berjaya melepaskan beberapa tendangan ke betis McGregor.

Selepas seminit pertarungan. Poirier melakukan serangan ke atas McGregor. Dia terus mensasarkan bahagian kaki McGregor dan berjaya menganggu pergerakan lawannya itu.

Pertarungan akhirnya dimenangi oleh Poirier setelah kejayaannya berjaya menjatuhkan McGregor. Dia melancarkan tumbukan bertali arus ke arah McGregor.

McGregor mulai hilang kawalan dan keseimbangan membuatkannya terjatuh. Lalu Poirier melepaskan tumbukan lagi dan pengadil tiada pilihan kecuali memberikan TKO.

Kemenangan ini secara tak langsung membuatkan Poirier berjaya membalas dendam di atas kekalahannya di tangan McGregor pada tahun 2014.  Di mana ketika itu McGregor memberikan kekalahan KO pertama buat Dustin Poirier.

Selain membalas dendam, Poirier juga menyenaraikan namanya sebagai petarung pertama yang mengalahkan McGregor oleh TKO.

Dalam 4 kekalahan sebelumnya yang dialami McGregor, dia tidak pernah kalah secara TKO.

Sebelum ini, McGregor tewas kepada Khabib Nurmagomedov, Nate Diaz, Joseph Duffy, dan Artemij Sitenkov dan kesemuanya dengan submission.

Seperti biasa Dustin Poirier tetap menunjukkan semangat kesukanannya ke atas lawannya.

Dalam pertarungan kali ini, pra pertarungan McGregor telah menunjukkan sikap terpujinya. Dia lebih merendah diri.

McGregor meninggalkan octagon dalam keadaan terhincut hincut.

Dia juga dilihat terpaksa menggunakan tongkat untuk keluar.

Namun dengan kekalahan keemapat dalam kariernya, dan yang kedua daripada 3 pertarungan terakhir, adakah McGregor sudah boleh memikirkan persaraan penuh?

Baca yang lain

Bayern Sedia Lantik Semula Nagelsmann

Bayern Munich dilaporkan mempertimbangkan untuk membawa pulang Julian Nagelsmann dan pembantunya, Sandro Wagner ke kelab itu menggantikan Thomas Tuchel. Nagelsmann pernah menjadi