TikTok merupakan salah satu media sosial yang kian berpengaruh pada hari ini. Ianya merupakan antara aplikasi yang paling banyak digunakan pada masa kini.
Sensor Tower melaporkan TikTok sebagai aplikasi baharu yang meningkat naik dengan sangat mendadak. Hanya WhatsApp yang dimiliki Facebook yang berada di atas mereka pada ketika ini.
Walaupun WhatsApp berada di atas, namun TikTok ternyata memberikan mereka persaingan dan ancaman. Malah TikTok berada di atas Facebook, Facebook Messenger dan Instagram.
Pada 2019, TikTok di-‘install’ sebanyak 44% daripada 1.65 billion muat turun.
Cabaran baru yang memudaratkan
Terbaru TikTok ada satu cabaran baharu di mana bebudak ni saling cabar mencabar untuk membubuh garam ke dalam mulut mereka supaya masuk ke tekak.
Ianya digelar The Salt Challenge.
Salah satu video, seorang pengguna TikTok bernama Landon telah mengambil garam penuh satu kontena dan membubuhkannya ke dalam mulut.
Dia tak tahan dan memyemburkannya. Benda ni menjadi hiburan di TikTok. Mereka terhibur melihat gelagat masing masing di dunia TikTok.
Seorang lagi pengguna TikTok bernama Jonathan, mencuba cabaran itu. Dalam kapsyen video dia menulis: ‘Salt challenge! This was disgusting.’ / ‘Cabaran garam! Ini babilah.’
Dr Deo kecewa bebudak TikTok buat cabaran bodoh
Namun begitu, perkara ini telah mendapat perhatian daripada Dr Simran Deo yang memberitahu Daily Mirro bahawa benda ni patut dihentikan kerana memudaratkan.
Beliau berkata: “Sebagai doktor, saya sangat tidak menggalakkan korang mencuba cabaran ini ataupun melakukan aktiviti seperti ini.”
“Memakan garam yang terlalu banyak, tidak sihat kepada tubuh badan kamu. Dan impaknya agak lama.”
“Ianya bergantung kepada bagaimana tubuh kamu mencernanya. Ada yang sekejap. Tetapi, apabila terlalu banyak garam dalam badan, ianya boleh menjadi racun.”
Doktor Deo menjelaskan secara terperinci bagaimana garam boleh memudaratkan dan bertukar menjadi racun.
Beliau berkata, kenaikan paras sodium yang mendadak di dalam badan, akan membuatkan kita dahaga secara tiba tiba, badan akan menjadi keliru, rasa pening, loya dan muntah.
Dalam beberapa kes yang ekstrem, seseorang yang menerima garam terlalu banyak secara tiba tiba akan boleh terkena sawan / epilepsi. Malah boleh terus koma dan paling teruk boleh mati, kerana kandungan garam / sodium terlalu tinggi membuatkan otak manusia membengkak.
Dr Deo juga menyatakan garam yang terlalu banyak ini akan mempengaruhi tekanan darah dalam badan. Menyebabkan sakit jantung dan juga sakit kardiovaskular yang lain.
Sebab itu di UK, kerajaan berkempen menyeru rakyatnya untuk mengurankan pengambilan garam dalam sehari.
Ini kerana, terlalu banyak makanan yang tinggi garam di UK termasuk dalam kerepek kentang, sos pasta, dan lain lain.
TikTok ‘Salt Challenge’ can lead to life-threatening diseases https://t.co/xey9xEPAHI pic.twitter.com/z4oHzIBYfh
— QB News 5 (@QBNews5) March 1, 2020
Dr Deo kemudian berkata: “Senang ceritalah, kepada anak – anak muda di sana, hentikanlah cabaran mengarut ini.”