Nampaknya Romelu Lukaku memainkan peranan dalam menghalang Chelsea daripada mendapatkan Jeremy Doku sebelum pemain itu berpindah ke Manchester City.
Romelu Lukaku memberi amaran kepada Jeremy Doku agar tidak berpindah ke Chelsea selepas apa yang berlaku kepadanya.
Ketika itu Lukaku sudah meninggalkan Chelsea selepas beberapa siri perpindahan pinjaman dan kemudian menyertai Everton. Lukaku kemudian menyertai Man United dan seterusnya ke Inter Milan.
Pemain sayap Belgium itu mengagumkan sejak beberapa tahun kebelakangan ini apabila dia berpindah ke kelab Perancis Rennes pada 2020, di mana dia terus berkembang.
🚨 Romelu Lukaku stepped in to stop Jeremy Doku signing for Chelsea while Doku was still at Anderlecht. 👀🇧🇪
(Source: @standardsport) pic.twitter.com/JRborZRi2I
— Transfer News Live (@DeadlineDayLive) September 11, 2023
Pada usia hanya 21 tahun, kehadirannya di Ligue 1 dan juga pasukan kebangsaan senior Belgium sudah cukup untuk menarik minat juara Liga Perdana Inggeris, Man City untuk mendapatkan pemain itu.
Sejumlah £55 juta telah dibelanjakan oleh Cityzens musim panas ini untuk mendapatkan pemain itu. Ia telah menambahkan lagi pilihan Pep Guardiola di sayap kanan selepas kehilangan Riyad Mahrez pada jendela perpindahan lalu.
“Manchester City adalah pasukan terbaik dalam bola sepak dunia, jadi menyertai mereka adalah sesuatu yang sangat istimewa untuk saya dan keluarga saya,” kata Doku kepada media rasmi kelab.
“Saya seorang pemain muda dengan banyak pembelajaran dan peningkatan yang perlu dilakukan. Bekerja dengan Pep dan kakitangannya, dan bermain bersama pemain berkelas dunia dalam bidang ini, akan menjadikan saya pemain yang lebih baik.”
“Saya sangat pasti dengan perkar itu. Menonton City musim lalu adalah menakjubkan. Untuk memenangi treble adalah perkara paling sukar dalam bola sepak dan mereka melakukannya. Anda tidak boleh bayangkan betapa menariknya menyertai pasukan ini.”
Walau bagaimanapun, perkara mungkin berbeza kerana perpindahan ke Chelsea antara perkara yang besar juga di dalam kariernya ketika masih berada di Belgium, bersama Anderlecht.
Dalam temu bual dengan Mirror, pengarah akademi kelab Jean Kindermans mendakwa bahawa amaran oleh Lukaku secara langsung memberi kesan kepada perpindahan itu.
Chelsea sebelum ini memantau perkembangan Doku sejak pemain itu di Anderlecht lagi. Mengetahui perkara itu, Lukaku terus membuat panggilan telefon memberikan amaran kepada Doku agar tidak sesekali melayan pujukan dan lamaran Chelsea.
Ironinya, selepas itu Lukaku sendiri yang kembali ke Chelsea untuk kali kedua dalam kariernya. Dan segalanya serba tak menjadi untuk pemain itu di Chelsea yang dipinjamkan semula ke Inter.
Kini pemain itu dipinjamkan ke AS Roma selepas perpindahan ke Juve dan Inter gagal.
Peminat City tidak melepaskan peluang untuk menyakat Lukaku.
Wait Lukaku didn’t only win us the UCL but he also stopped Doku from joining Chelsea?
Manchester City legend pic.twitter.com/TzlbLDpdQz
— ¹⁰ (@SxrgioSZN) September 11, 2023
Seorang lagi telah memberikan penghargaan kepada Lukaku yang berterusan membantu Man City dari kejauhan.
🤔 Lukaku might not be in Man City, but he's always making an impact! Remember that UCL final slip-up? It brought City the trophy! And he even blocked Doku from Chelsea, who's now with us! Lukaku, our lost son, the unexpected helper we never knew we needed! 😅🔵#ManCity#Lukaku https://t.co/mBBqychIGt
— Irrefutable Citizen (@Seee_Hen) September 12, 2023