Dokumentara Vini Jr Baru Je Ditayangkan, Valencia Dah Nak Saman Netflix Dan Rodrigo

Baru beberapa hari ditayangkan, dokumentari Netlfix, Bailla Vini atau Menarilah Vini sudah berdepan dengan tindakan saman daripada Valencia.

Ini kerana menurut Valencia, kenyataan di dalam dokumentari itu adalah fitnah kepada penyokong mereka.

Valencia CF telah mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap pemain Real Madrid, Rodrygo Goes, berikutan kenyataannya bahawa seluruh penyokong di Stadium Mestalla melakukan nyanyian perkauman terhadap rakan sepasukannya, Vinícius Júnior, semasa perlawanan LaLiga pada 21 Mei 2023.

Valencia menafikan dakwaan tersebut dan menuntut Rodrygo menarik balik kenyataannya, atau berdepan tindakan undang-undang.

Insiden ini berlaku selepas tiga penyokong Valencia didakwa atas penyalahgunaan perkauman terhadap Vinícius, yang mencetuskan kecaman global dan seruan untuk tindakan lebih tegas terhadap perkauman dalam bola sepak Sepanyol.

Rodrygo, dalam sidang media bersama pasukan kebangsaan Brazil, menyatakan bahawa beliau menyaksikan seluruh stadium melaungkan kata-kata perkauman, namun kemudian menjelaskan bahawa kenyataannya merujuk kepada individu tertentu, bukan keseluruhan penyokong.

Valencia CF menegaskan bahawa kenyataan Rodrygo adalah tidak benar dan mencemarkan reputasi kelab serta penyokongnya. Mereka menuntut pembetulan segera dan menyatakan komitmen mereka untuk menentang sebarang bentuk perkauman. Rodrygo, dalam penjelasan lanjut, menyatakan penghormatannya kepada penyokong Valencia dan menegaskan bahawa kenyataannya tidak bertujuan untuk menuduh keseluruhan penyokong.

Valencia menegaskan bahawa penyokong mereka melaungkan Tonto [bangang], tonto, bukannya Mono [Monyet] Mono.

Valencia percaya bahawa produksi dokumentari iaitu Netflix, telah memanipulasi footage video yang mencetuskan kekeliruan di kalangan peminat.

Vinicius Jr sudah berikrar akan terus menentang perkauman dalam bola sepak, terutama sekali di Sepanyol. Beliau seringkali menangis mengenangkan dirinya seringkali menjadi mangsa perkauman.

“Saya cuma mahu bermain bola sepak,” kata Vini kepada peminat bola sepak di seluruh dunia.

Vinicius Jr berkembang menjadi bintang utama Real Madrid dan antara pemain sayap terbaik di dunia pada ketika ini.

Dia sudah memenangi beberapa trofi utama termasuk La Liga dan Liga Juara Juara Eropah bersama dengan Real Madrid.