Dollah Salleh: Malaysia Setaraf Dengan Vietnam Dan Malaysia Tidak Boleh Ada Alasan

Malaysia akan meneruskan baki 2 perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023 menentang Vietnam pada Jumaat nanti disusuli Thailand Selasa depan. Malaysia kini berada ditangga ke-4 kumpulan G, terikat 9 mata dengan Thailand.

Malaysia kurang 1 perlawanan berbanding pasukan gajah perang apabila hanya baru bermain 6 kali.

Peluang Malaysia layak ke pusingan kelayakan akhir ketika ini tampak sukar apabila hanya meraih 3 mata untuk mengintai slot best runners up, keputusan menentang Indonesia tidak akan dikira ekoran penarikan diri Korea Utara dari pertandingan ini.

Situasi itu menyebabkan Malaysia hanya mempuyai 3 mata dari 9 yang diraih pasukan.

Ketua jurulatih Pahang dan bekas jurulatih Malaysia yakin Malaysia boleh menewaskan Vietnam pada perlawanan Jumaat nanti walaupun mengakui pasukan tersebut mempunyai kelebihan. Vietnam kini unggul menerajui kumpulan G, masih belum kalah selepas mengharungi 6 perlawanan.

Ketika menjadi jurulatih Malaysia, Dollah menumbangkan Vietnam 4-2 pada pelawanan ke-2 peringkat separuh akhir Piala AFF 2014. Kemenangan tersebut menjadi satu kebangkitan dramatik memadam kekalahan 1-2 dialami Malaysia di Bukit Jalil.

Dollah dipecat selepas Harimau Malaya menerima kekalahan besar 0-10 di tangan Emeriah Arab Bersatu pada kelayakan Piala Dunia 2018.

Dollah mengendali 15 perlawanan dan merekod 3 kemenangan dan 8 kekalahan.

Vietnam Benam Indonesia, Hang-Seo Tidak Perlu Kemas Beg Lagi

Walaupun skuad senior Vietnam merupakan rentetan pemain dari skuad Piala Dunia remaja 2017, namun Dollah tidak melihat ia satu alasan buat Malaysia tidak menang menentang mereka nanti.

Kejayaan Vietnam mara ke peringkat separuh akhir kejohanan Asia B19 2016 melayakan mereka bermain di Piala Dunia remaja. Ketika Vietnam membentuk pasukan melalui kumpulan pemain itu disamping faktor Park Hang-Seo, Malaysia memperkukuhkan pasukan menerusi beberapa pamain naturalisasi dan pemain kacukan.

“Vietnam ini kalau dilihat sama tahap dengan pasukan negara. Jadi perlawanan itu nanti kita tidak seharusnya kalah tetapi kita boleh mencipta kejutan dengan meraih kemenangan.

“Pasukan negara juga tidak boleh terus beri alasan macam-macam alasan seperti kurang perlawanan selepas 2 aksi persahabatan dan perlawanan menentang Emriah Arab Bersatu (UAE). Sepatutnya mereka sudah bersiap sedia sepenuhnya.

“Saya menharapkan corak permainan kita lebih baik jika mahu meraih keputusan positif. Setiap pemain perlu memberikan segala-galanya di atas padang. -kata ketua jurulatih Pahang itu kepada Sinar Harian

“Apa yang saya lihat kekuatan utama pasukan Vietnam sekarang adalah dari segi keserasian selepas kesemua pemain itu sudah bersama hampir 6 tahun.

“Kalau tak silap saya pasuka Vietnam dibentuk lama untuk bermain pada Piala Dunia Remaja. Mereka sudah bersama 5 hingga 6 tahun. Jadi agak berbeza agak berbeza dengan pasukan yang kita menang pada tahun 2014 itu.

“Yang penting sekarang pasukan negara kena melakukan perubahan dalam corak permainan selain tunjukkan persefahaman yang bagus. Saya percaya Malaysia bangkit untuk mencari keputusan positif menentang Vietnam.

Untuk rekod 4 perlawanan terakhir Malaysia lawan Vietnam, Vietnam menang 3 kali dan 1 seri.

Baca yang lain

Michael Edwards Setuju Kembali Ke Liverpool

Pengarah Sukan bertaraf legenda kelab iaitu Michael Edwards dilaporkan telah mencapai kesepakatan dengan Liverpool untuk kepulangan semula. Edwards sebelum ini menjadi tulang