Dollah Salleh telah mengkritik padang pasukannya sendiri, Stadium Darul Makmur sebagai punca kekalahan Sri Pahang di tangan KL City.
Selain itu Dollah Salleh juga menyifatkan, lawan mereka lebih berpengalaman juga antara faktor yang menyumbang kepada kekalahan itu.
Dalam saingan Liga Super antara KL City dan Pahang, pasukan tuan rumah – Pahang – telah tewas 0-2. Azim Rosli dan Zhafri Yahya menjadi penjaring gol untuk pasukan bimbingan Bojan Hodak.
Dollah Salleh menyatakan bahawa pasukannya bergelut dengan momentum di atas padang selepas 3 minggu tidak bermain sebarang perlawanan.
Dipetik dari sumber Bernama, Dollah Salleh berkata: “Pemain kita agak sukar sesuaikan diri bermain di atas padang becak. Apatah lagi berdepan dengan pasukan lawan yang beraksi di peringkat tertinggi seperti KL City yang beraksi dalam Piala AFC.”
“Itu yang menyebabkan segalanya serba tidak menjadi.”
Keadaan padang, lawan berpengalaman antara penyebab Sri Pahang tewas https://t.co/UShcIbAbtu
— BERNAMA (@bernamadotcom) September 12, 2022
Dollah Salleh bertekad untuk mencari ramuan segera bagi memperbaiki prestasi mereka dan membangkitkan semual rentak kemenangan pasukan Pahang. Lebih lebih lagi ketika beraksi di hadapan penyokong sendiri.
Sementara itu pengendali KL City, Bojan Hodak menganggap kemenangan itu sebagai sangat penting. Mereka berjaya meraih 3 mata dari gelanggang lawan walaupun masih kepenatan kerana aksi Piala AFC.
Bojan turut menyatakan bahawa keadaan padang yang becak membuatkan mereka menukar taktikal kepada hantaran panjang berbanding hantaran hantaran pendek.
Bojan Hodak berkata: “Kami sedar perlawanan ini amat pentang, walaupun dalam keadaan agak kepenatan selepas perlawanan separuh akhir Piala AFC, kami fokus cuba untuk menang.”
“Keadaan padang tak cukup bagus kerana hujan. Namun kami menukar beberapa strategi untuk menyesuaikan diri dengan permainan lawan kami. Dan ianya menjadi.”