Dominic King: Peluang Manchester United Dapatkan Tuchel, Dia Setaraf Klopp Dan Guardiola

Koresponden terkemuka, Dominic King menyatakan bahawa, situasi di Chelsea ketika ini adalah peluang terbaik yang boleh digunakan oleh Manchester United untuk memancing Thomas Tuchel.

Di mana pengurus tersebut dianggap sangat sesuai dengan United kerana sudah terbukti di pentas eropah dan juga di Liga Inggeris.

Manchester United sedang berusaha mencari pengurus tetap. Dengan Richard Arnold mengetuai pemburuan pengurus baharu itu.

Tuchel merupakan pengurus yang memenangi UCL bersama Chelsea dan membantu kelab memenagi Piala Super Eropah serta Piala Dunia Kelab.

Kontrak semasanya adalah sampai 2024. Ketika ini situasi di Chelsea adalah tidak menentu kerana kelab tersebut dilarang untuk melanjutkan kontrak mana mana pemain atau pegawai mereka.

Chelsea antara aset Abramovich yang dibekukan oleh kerajaan UK selain daripada rumah mewah dan beberapa aset yang lain.

Pencerobohan Rusia ke atas Ukraine telah menjadi antara faktor kepada tindakan kerajaan UK yang sebelum ini sudah lama menyiasat tentang salah laku Abramovich yang dikaitkan dengan korupsi dan dikatakan merupakan salah seorang golongan oligarki Kremlin. Mereka dikaitkan sebagai golongan kaya raya yang menyokong Vladimir Putin dalam banyak perkara termasuk pencerobohan ke atas Ukraine.

Aset Abramovich dibekukan

Kerajaan UK melabel tindakan Rusia itu sebagai menceroboh, mengancam intergriti melangkaui sempadan negara merdeka Ukraine.

Vladimir Putin dan Roman Abramovich dikatakan sangat rapat selama berdekad lamanya. Malah syarikat Abramovich antara syarikat yang terlibat dalam membantu dalam menyediakan kelengkapan ketenteraan yang digunakan dalam serangan kali ini.

Kenyataan rasmi kerajaan UK bagaimanapun menyatakan bahawa, Chelsea akan diberikan kelonggaran khas untuk terus beroperasi sebagai sebuah kelab bola sepak.

Namun Chelsea dilarang sama sekali untuk menjual lagi tiket perlawanan ataupun pas bermusim yang baru kepada penyokong mahupun jualan cendera mata.

Bukan itu sahaja, dalam tempoh dianya dibekukan, Chelsea dilarang untuk memberikan kontrak baharu kepada para pemain serta tidak boleh membeli pemain baharu.

Kenyataan UK berkata: “Persatuan ini turutu mendapatkan manfaat kewangan atau faedah material lain daripada Putin dan Kerajaan Rusia. Ini termasuk pelepasan cukai yang diterima oleh syarikat yang dikaitkan dengan Abramovich, membeli dan menjual saham dari dan ke negeri pada kadar khas, dan kontrak yang diterima menjelang Piala Dunia 2018.”

“Oleh itu, Abramovich telah menerima layanan berbentuk keutamaan dan konsesi daripada Putin dan kerajaan Rusia.”

Roman Abramovich sudah berkali kali menafikan kaitannya dengan tuduhan yang mengaitkannya menyokong peperangan di Ukraine. Dia malah sedia mendermakan kesemua hasil jualan Chelsea untuk pemulihan selepas perang di Ukraine. Dengan menjangkakan bahawa dia akan menerima lebih GBP3 billion daripada penjualan The Blues.

Peluang Manchester United

Dominic King melihat ini adalah peluang untuk Manchester United cuba memancing Thomas Tuchel.

King dalam kenyataannya berkata: “Jika Man United melihat ke hadapan, mereka patut melihat sutuasi di Chelsea untuk membuat inkuiri kepada Thomas Tuchel, sama ada dia mahu memulakan permulaan baharu.”

“Tuchel pengurus yang luar biasa, namun paling penting, dalam situasi ketika ini dia berterusan membawa dirinya dengan sangat profesional.”

King merujuk kepada Tuchel yang sentiasa memberikan komen profesional sejak sidang medianya seringkali diserang dengan soalan tentang Rusia dan juga situasi kelab.

Situasi di Chelsea ketika ini sangat rumit. Mereka tidak tahu apa yang akan berlaku selepas ini. Apa yang pasti, Roman Abramovic, Bruce Buck yang merupakan orang kanan Abramovich dan Marina Granovskaia sudah pastinya akan meninggalkan kelab.

Jika Chelsea memiliki pemilik baharu dalam masa terdekat, sudah tentunya mereka mahukan Tuchel. Oleh sebab itu King merasakan bahawa United harus bertindak segera.

Tuchel sudah membuktikan bahawa dia setanding Pep Guardiola dan Jurgen Klopp. Selain itu Ralf Rangnick sangat mengagumi Tuchel.

Man United dikaitkan dengan 2 calon utama ketika ini iaitu Mauricio Pochettino dan Erik Ten Hag.

Sementara itu Pep Guardiola simpati dengan apa yang menimpa pemain pemain Chelsea dan Tuchel ketika ini.