Donnarumma Tendang Liverpool Keluar Dari UCL

PSG menyingkirkan Liverpool daripada saingan UCL dengan kemenangan pada penentuan sepakan penalti.

Liverpool melayan kunjungan PSG di Anfield untuk timbal balik pusingan 16 akhir UCL 2024/25.

Kedua dua pasukan menurunkan kesebelasan terkuat mereka dalam perlawanan ini. Dengan  Liverpool  membawa bekalan 1 gol daripada perlawanan pertama yang sarat dengan rembatan ke arah Alisson.

Di Anfield Liverpool tampil dengan pendekatan lebih baik berbanding di Paris. Liverpool mengasak ke kubu PSG bermula daripada wisel permulaan.

Namun PSG mendapatkan gol pertama mereka minit ke-12 menerusi Ousmane Dembele selepas Konate bertembung dengan Alisson ketika cuba memintas bola. Dembele mudah menolak masuk bola.

on

PSG kemudian mendapat keyakinan mereka. Barcola dan Dembele turut memiliki peluang terbaik mereka pada separuh masa pertama namun gagal disudahkan.

Separuh masa pertama berakhir dengan 0-1 memihak pelawat.

Separuh masa kedua, perlawanan  kekal rancak dengan kedua dua pasukan mempamerkan corak permainan yang laju.

Donnarumma dan Alisson diuji dengan beberapa percubaan bahaya yang boleh menghasilkan gol. Namun kedua dua penjaga gol dapat kekal mempertahankan gawang mereka.

Liverpool yang kehilangan Trent Alexander Arnold kerana kecederaan pada separuh masa kedua, telah kehilangan Ibrahima Konate pula kerana kecederaan pada masa ekstra. Ianya bukan berita baik buat Liverpool kerana mereka ada aksi final pula lepas ini.

Perlawanan kemudian berakhir dengan 0-1 selepas 120 minit. Secara agregat 1-1.

Pada penentuan penali, Gianluigi Donnarumma yang memiliki rekod luar biasa dalam penentuan penalti telah melakukan 2 penyelamatan yang mematikan hasrat Liverpool.

PSG melakukan 100% penalti daripada 4 percubaan mereka. Kesemuanya dilakukan dengan sangat kemas.

Kegagalan Darwin Nunez dan Curtis Jones membuatkan The Reds gigit jari. Liverpool tersingkir. Dan fokus mereka kini kepada aksi final Piala Carabao.

Donnarumma terus mengukuhkan reputasinya sebagai pakar penentuan sepakan penalti.

PSG kini meneruskan pemburuan UCL pertama mereka. Nampaknya Luis Enrique memberikan keyakinan yang besar bahawa mereka akan dapat melakukannya kali ini.